Jaga-jaga dengan Caj Penghantaran apabila jual barang secara online!

Siang tadi, selepas solat Jumaat saya ke Pos Laju.

 

Jarak antara Kaunter Pos Laju dengan Masjid dekat je. Jadi, saya hanya jalan kaki. Keluar je dari masjid saya terus bergegas ke Pos Laju.

 

Sampai-sampai je kat depan kaunter, saya dikejutkan dengan satu pemandangan yang saya tak sangka-sangka!

 

Pos Laju tutup!

 

Aduh. Rupa-rupanya hari Jumaat, Pos Laju tutup agak lama. Saya percaya, itu adalah bagi tujuan beri laluan kepada para staf untuk menunaikan solat fardhu Jumaat.

Continue reading “Jaga-jaga dengan Caj Penghantaran apabila jual barang secara online!”

Advertisements

3 Laman web POPULAR untuk borong barang dari China secara online

Dah baca ke post saya sebelum ni yang bertajuk Muat turun Ebook Rahsia Taobao edisi preview secara percuma? Dalam post tersebut saya ada nyatakan yang saya ada muat turun ebook Rahsia Taobao edisi Percuma dari laman web ini.

 

Masa saya download ebook Rahsia Taobao ini, saya tak terus baca. Sibuk dengan urusan lain.

 

Saya pun ada banyak lagi projek yang nak kena buat dan nak kena study. Baru tadi saya sempat membaca ebook Rahsia Taobao edisi percuma tersebut.

 

Tau tak, berapa lama masa yang saya peruntukkan untuk baca ebook Taobao percuma ni?

 

Tak lama. Cuma 10 minit sahaja.

 

Isi kandungannya cukup menarik.

 

Penulis ada jelaskan, kenapa laman web Taobao menjadi pilihan. Untuk makluman anda, bagi tujuan borong barang dari China, sebenarnya terdapat beberapa laman web yang anda boleh jadikan pilihan.

 

Sebagai contoh, laman web yang cukup popular adalah laman web AliBaba.com

Continue reading “3 Laman web POPULAR untuk borong barang dari China secara online”

Muat turun Ebook Rahsia Taobao edisi preview secara percuma

Saya rasa hampir setiap hari juga saya buka dan tutup laman web Rahsia Taobao.

 

Apa yang ditulis kat laman web tu, ada antaranya yang saya dah mula hafal. Tapi selama ini, saya tak tergerak hati la pulak nak muat turun ebook Rahsia Taobao yang edisi percuma tu.

 

Saya terlalu fokus pada yang edisi berbayar.

 

Sedangkan, orang yang baru kali pertama masuk ke laman web Rahsia Taobao tu, mana ada akses untuk melihat apa isi kandungan ebook yang versi berbayar.

 

Apa la saya ni kan… so tadi saya pun muat turun edisi percuma. Edisi percuma muat turun kat sini.

 

Jika anda juga baru pertama kali jumpa laman web Rahsia Taobao dan masih berkira-kira sama ada nak dapatkan edisi penuh atau tidak, saya syorkan anda muat turun yang versi percuma terlebih dahulu.

 

Orang putih kata get the feel terlebih dahulu.

Continue reading “Muat turun Ebook Rahsia Taobao edisi preview secara percuma”

Bagaimana anda boleh UNTUNG BESAR dan JIMAT BELANJA apabila borong dari China?

Khas untuk para usahawan yang ingin memborong dari China. Post ini saya nak kongsi sikit tips bagaimana anda boleh untung besar dan pada masa yang sama boleh jimatkan kos apabila memborong dari negara China.

 

Jawapannya ialah, beli secara online.

 

Mari kita lihat pengiraan secara kasar, berapa banyak yang anda boleh jimatkan sekiranya anda beli borong hanya secara online sahaja. Tanpa perlu susah payah nak ke negara China.

 

Secara kelazimannya, berikut adalah antara perkara-perkara yang memerlukan anda untuk keluarkan duit bagi tujuan perbelanjaan apabila anda ingin beli borong dari China nanti.

 

(1) Tiket Kapal Terbang

Anda boleh beli tiket sama ada dengan MAS atau Air Asia. Kalau nak murah sikit, boleh beli dari Air Asia. Itupun belum tentu anda boleh dapat tiket tersebut. Kalau beli dengan Air Asia, dengan harapan ada tiket murah, kena tunggu Air Asia buat promosi.

Continue reading “Bagaimana anda boleh UNTUNG BESAR dan JIMAT BELANJA apabila borong dari China?”

Rahsia Taobao – Panduan beli borong dari China dan Panduan buat bisnes online

Kita sambung cerita tentang ebook Rahsia Taobao. Semalam, masa saya tulis artikel bertajuk betul ke beli dari China lebih MURAH berbanding beli kat Malaysia?” saya tak sempat nak ulas tentang ebook Rahsia Taobao ini.

 

Jadi kali ini saya nak sentuh sikit tentang panduan tersebut.

 

Mungkin ada yang nak tau, apa rasionalnya merujuk panduan Rahsia Taobao, sedangkan kita boleh beli terus dari laman web Taobao. Buat apa nak rujuk-rujuk panduan? Betul tak?

Continue reading “Rahsia Taobao – Panduan beli borong dari China dan Panduan buat bisnes online”

Betul ke beli dari China lebih murah berbanding beli kat Malaysia?

Kalau nak murah, dapatkan bekalan produk yang nak diniagakan tu dari China.

 

Tahukah anda, kebanyakkan barang yang banyak dijual di Malaysia, kilangnya adalah di negara China?

 

Anda setuju tak kalau saya katakan, beli terus dari kilang adalah lebih murah berbanding beli dari orang tengah?

 

Kalau nak tunggu barang tu dah sampai Malaysia, harganya memang agak tinggi. Tapi kalau beli terus dari China, pastinya anda dapat jimat beberapa ringgit.

Continue reading “Betul ke beli dari China lebih murah berbanding beli kat Malaysia?”

Blog at WordPress.com.

Up ↑