Betul ke beli dari China lebih murah berbanding beli kat Malaysia?

Kalau nak murah, dapatkan bekalan produk yang nak diniagakan tu dari China.

 

Tahukah anda, kebanyakkan barang yang banyak dijual di Malaysia, kilangnya adalah di negara China?

 

Anda setuju tak kalau saya katakan, beli terus dari kilang adalah lebih murah berbanding beli dari orang tengah?

 

Kalau nak tunggu barang tu dah sampai Malaysia, harganya memang agak tinggi. Tapi kalau beli terus dari China, pastinya anda dapat jimat beberapa ringgit.

 

Baru-baru ni, saya teringin nak beli produk fitness tracker jenama Xiaomi.

xiaomi-mi-band-original-lazada-malaysia

Kalau lihat pada harganya, sekarang ni adalah dalam lingkungan RM92.00 – RM129.00

Harga seperti diatas saya rujuk dari laman web Lazada Malaysia disini.

 

Ada juga seller yang jual dengan harga yang lebih mahal dari itu. Kemudian saya buka laman web dari China yang membolehkan kita beli borong produk-produk terus dari China.

 

Saya dapati harga untuk produk yang sama adalah seperti berikut.

original-xiaomi-mi-band2

Dengan mengambil kira kadar tukaran matawang USD1 bersamaan dengan RM4.41, maka dengan kos USD13.87, bermakna harga untuk Xiaomi Mi Band 2 ini hanyalah sekitar RM62 sahaja.

 

Waktu produk ini masih baru di negara kita, saya pernah nampak ia dijual dengan harga yang begitu tinggi.

 

Ada yang jual sampai RM200 lebih.

 

Tapi kini, mungkin sebab dah berlaku lambakan produk ini, maka harganya mula jatuh dan boleh dapat dengan harga bawah RM100.

 

Walaupun begitu, jika anda jual dengan harga RM92 sekalipun, masih ada untung sebanyak RM32 untuk satu unit yang berjaya dijual.

 

Sekarang anda dah nampak, betapa banyaknya perbezaan harga dan anda boleh kaut untung yang begitu banyak jika beli borong dari China.

 

Sebab itu, ramai yang dah mula dapatkan panduan Rahsia TaoBao dan mula belajar cara-cara nak borong dari China. Ilmu beli borong dari China secara online ini sangatlah bernilai tinggi, sebabnya ia mampu untuk bantu anda jadi seorang usahawan yang berjaya.

 

Jika anda minat nak belajar dengan lebih mendalam, bolehlah muat turun panduan ini disini.

 

Ok, kita sambung cerita pasal borong dari China dalam post yang akan datang. Stay tune.

 

 

 

 

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

Blog at WordPress.com.

Up ↑

%d bloggers like this: