Bagaimana anda boleh UNTUNG BESAR dan JIMAT BELANJA apabila borong dari China?

Khas untuk para usahawan yang ingin memborong dari China. Post ini saya nak kongsi sikit tips bagaimana anda boleh untung besar dan pada masa yang sama boleh jimatkan kos apabila memborong dari negara China.

 

Jawapannya ialah, beli secara online.

 

Mari kita lihat pengiraan secara kasar, berapa banyak yang anda boleh jimatkan sekiranya anda beli borong hanya secara online sahaja. Tanpa perlu susah payah nak ke negara China.

 

Secara kelazimannya, berikut adalah antara perkara-perkara yang memerlukan anda untuk keluarkan duit bagi tujuan perbelanjaan apabila anda ingin beli borong dari China nanti.

 

(1) Tiket Kapal Terbang

Anda boleh beli tiket sama ada dengan MAS atau Air Asia. Kalau nak murah sikit, boleh beli dari Air Asia. Itupun belum tentu anda boleh dapat tiket tersebut. Kalau beli dengan Air Asia, dengan harapan ada tiket murah, kena tunggu Air Asia buat promosi.

air-asia-flight-to-china-canton

Ada satu laman web, yang diberi nama AirPaz, anda boleh gunakan laman web ini untuk selalu buat perbandingan harga tiket. Dengan guna servis AirPaz, anda boleh buat perbandingan harga dengan lebih mudah untuk mengetahui syarikat penerbangan mana yang tawarkan harga paling rendah.

 

Kebiasaannya, kos untuk tiket penerbangan pergi dan balik adalah sekitar RM1,000 keatas.

 

(2) Visa

Untuk masuk ke China, anda kena ada Visa. Kosnya adalah lebih kurang RM200.

 

(3) Hotel dan penginapan

Apabila berada di China, sudah tentu anda perlu sewa hotel. Sampai tu mesti penat, dengan cuaca yang tak sama dengan cuaca di Malaysia, anda mungkin perlu masa untuk sesuaikan diri dengan perubahan cuaca.

 

Silap-silap ada yang sakit pulak bila sampai di Canton untuk memborong nanti. Bajet untuk penginapan adalah dalam lingkungan RM600 – RM1,000.

 

(4) Makan dan pengangkutan 

Macam mana sibuk sekalipun, kita kena makan. Namun anda tak perlu risau, sekiranya anda ingin membeli belah di Canton, memang ada banyak tempat yang menyediakan makanan Halal.

 

Ada restoran mamak, cina muslim dan sebagainya. Cuma tak taulah sama ada anda ada selera atau tak nak makan kat sana. Kalau buat yang kali pertama, mungkin akan rasa tak berapa selesa nak makan.

 

Apa pun, bajet untuk makan tu bolehlah sediakan dalam lingkungan RM600.

 

Bajet ini, saya kira sekali termasuk dengan kos untuk pengangkutan. Anda mungkin perlukan transport untuk ke gedung borong di China nanti. Jadi siap sedia sahajalah dengan amaun sebegitu.

 

Berita baiknya ialah, apabila anda dah sampai di tempat borong, anda hanya perlu jalan kaki sahaja.

 

(5) Shipping dan bagasi

Setelah beli barang yang hendak diniagakan, seterusnya kena uruskan pula hal-hal berkaitan dengan penghantaran barang. Kita nak bawa balik barang tersebut ke Malaysia.

 

Tak berapa sesuai kalau nak cek in barang-barang tu semua dengan syarikat penerbangan, sebabnya dari segi caj ianya mungkin agak mahal. Kena dapatkan khidmat kargo. Buatlah perbandingan harga untuk dapatkan harga yang sesuai dengan bajet anda.

 

Barang yang anda beli borong dari China tu nanti, boleh dibawa balik ke Malaysia sama ada menerusi pengangkutan udara atau pengangkutan air. Apapun, buatlah perbandingan harga.

 

Bergantung pada berapa banyak yang anda beli, anda mungkin perlu siap sedia dengan bajet sekitar RM500.

 

Kalau kita kira jumlahnya setakat ini, semua sekali dah hampir RM3,000. Jumlah yang agak besar hanya untuk pergi ke China dan survive untuk beberapa hari di sana.

 

Sedarkah anda, dengan jumlah sebegitu, anda boleh manfaatkan untuk beli stok bagi diniagakan. Dengan RM3,000 tu ada macam-macam barang yang anda boleh beli dari laman web borong Taobao.

 

Tunggu dulu.

 

RM3,000 itu mungkin bukan jumlah akhir yang anda perlu sediakan. Kita masih lagi tak ambil kira sebarang perbelanjaan luar jangka yang mungkin akan berlaku apabila anda tiba di China.

 

Mungkin anda jatuh sakit.

Mungkin anda ditimpa kemalangan (harap dijauhkan).

Mungkin akan kena pow dan sebagainya.

 

Ya, kita tidaklah mengharapkan supaya perkara-perkara buruk seumpama ini untuk berlaku. Namun kita hanya bersiap sedia dengan segala kemungkinan.

 

Jadi, untuk usahawan kecil, yang baru nak mula dan tak banyak modal, tetapi ingin bersaing dengan usahawan borong lain, kita masih ada peluang dengan membeli secara borong menggunakan platform online sahaja.

 

Kalau tak tau nak rujuk panduan apa, boleh muat turun panduan ini. Ada preview copy yang anda boleh muat turun secara percuma sahaja. Muat turun yang tu dulu dan seterusnya anda nilaikan sendiri.

 

Jika ianya bagus untuk anda, nanti barulah muat turun yang versi penuh. Baiklah, nanti saya share lagi tentang borong dari China. Baca juga artikel saya yang terdahulu ya.

 

Jemput baca

Rahsia Taobao – Panduan beli borong dari China dan Panduan buat bisnes online

Betul ke beli dari China lebih murah berbanding beli kat Malaysia?

 

Sekiranya anda target nak dapatkan untung yang lebih besar, maka anda perlu pastikan kos untuk dapatkan bekalan adalah murah. Dari situ anda boleh nikmati margin keuntungan yang tinggi.

RTbanner300x250

Bagi menjimatkan kos, anda perlu tahu apa dia kos-kos yang terlibat dan cubalah untuk meminimakan kos tersebut. Beli secara online juga adalah salah satu cara untuk menjimatkan kos.

 

 

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

Blog at WordPress.com.

Up ↑

%d bloggers like this: