Rahsia Taobao – Panduan beli borong dari China dan Panduan buat bisnes online

Kita sambung cerita tentang ebook Rahsia Taobao. Semalam, masa saya tulis artikel bertajuk betul ke beli dari China lebih MURAH berbanding beli kat Malaysia?” saya tak sempat nak ulas tentang ebook Rahsia Taobao ini.

 

Jadi kali ini saya nak sentuh sikit tentang panduan tersebut.

 

Mungkin ada yang nak tau, apa rasionalnya merujuk panduan Rahsia Taobao, sedangkan kita boleh beli terus dari laman web Taobao. Buat apa nak rujuk-rujuk panduan? Betul tak?

muat-turun-rahsia-taobao-borong-dari-china

Atas ini ialah screenshot laman web borong dari China, iaitu Taobao.

 

Seperti yang anda boleh lihat, laman web tersebut menggunakan tulisan cina. Saya pun tak tau, sama ada ia menggunakan bahasa Mandarin, Kantonis atau bahasa apa.

 

Apa yang saya tahu, ia ditulis dalam tulisan cina.

 

Kita sedia maklum, kebanyakkan yang berniaga menerusi laman web tersebut adalah orang-orang dari negara China. Mereka ni terdiri daripada pemilik kilang, ejen, pemborong, orang tengah dan sebagainya.

 

Apa yang pasti, peniaga di laman web borong Taobao ni, mereka mempunyai akses yang baik untuk dapatkan pelbagai produk dengan harga yang cukup murah dan berupaya untuk supply barangan tersebut ke seluruh dunia.

 

Adakah mereka faham bahasa Inggeris? Mungkin ya, mungkin tidak. Kalau ikut pengalaman saya beli barang secara borong dari laman web borong China, saya dapati ramai juga seller yang FAHAM bahasa Inggeris.

 

Bukan bahasa Inggeris yang macam orang American atau England tu, tapi broken English. Sikit-sikit tu mereka ok la. Kalau setakat tanya soalan-soalan yang simple, contohnya seperti

“This item how much?”

“Can you dropship this?”

“If buy more than 100 piece, can get extra discount?”

 

Simple dan broken macam kat atas tu. Mereka boleh FAHAM. Apa yang penting, kalau nak berkomunikasi atau nak tanya apa-apa dengan mereka ni, kena tanya soalan yang DIRECT dan STRAIGHT TO THE POINT.

 

Kalau anda memang ada kepakaran dan kemahiran untuk bertutur dan juga membaca tulisan cina, maka bukan satu masalah untuk beli borong dari China menerusi website Taobao.

 

Tapi, secara umumnya, untuk usahawan Melayu, memang akan ada masalah untuk beli dari laman web macam ni. Itulah sebabnya kena ada panduan macam ni, yang akan dapat mengajar kita cara-cara nak borong dari Taobao.

 

Sebenarnya, selain Taobao, memang ada website lain yang boleh kita gunakan untuk borong dari China. Tapi, harga yang kita perlu bayar mungkin berbeza.

 

Taobao jadi popular, sebabnya dalam banyak-banyak laman web borong dari China, Taobao mampu tawarkan harga yang paling jimat dan murah.

 

Jadi terpulang pada anda. Beli dari Taobao dan dapatkan harga murah, tapi kena belajar. Atau beli je kat website lain, tapi harga tinggi sikit.

rahsia-taobao-borong-dari-china

 

Anda kena ingat satu perkara. Kalau beli dengan harga yang murah, maka anda boleh dapat margin untung yang lebih tinggi.

 

Tapi kalau anda beli pun dah mahal, maka macam mana nak jual dengan harga yang lebih rendah dan pada masa sama nak dapat untung yang lebih banyak.

 

Tapi rahsia Taobao ni bukan sahaja mengajar cara untuk beli barang dari Taobao, sebaliknya panduan yang sama juga mengajar anda cara untuk buat bisnes secara online.

 

Ia boleh berikan anda panduan supaya tak tersalah pilih produk untuk diniagakan.

 

Anda telah beli stok secara online. Tahukah anda, anda juga boleh jual semula produk yang sama yang anda dah beli secara online juga.

 

Adakah anda tak tau macam mana nak jual secara online? Ha… kalau macam tu kenalah rujuk panduan Rahsia Taobao yang dihasilkan oleh Nigel Ong. Klik sini untuk download.

 

 

 

 

 

 

Advertisements

One thought on “Rahsia Taobao – Panduan beli borong dari China dan Panduan buat bisnes online

Add yours

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

Blog at WordPress.com.

Up ↑

%d bloggers like this: