Siang tadi, selepas solat Jumaat saya ke Pos Laju.
Jarak antara Kaunter Pos Laju dengan Masjid dekat je. Jadi, saya hanya jalan kaki. Keluar je dari masjid saya terus bergegas ke Pos Laju.
Sampai-sampai je kat depan kaunter, saya dikejutkan dengan satu pemandangan yang saya tak sangka-sangka!
Pos Laju tutup!
Aduh. Rupa-rupanya hari Jumaat, Pos Laju tutup agak lama. Saya percaya, itu adalah bagi tujuan beri laluan kepada para staf untuk menunaikan solat fardhu Jumaat.
Alhamdulillah.
Tak apa. Saya tunggu.
Sambil tunggu tu, saya pergi makan dulu. Datang balik ke kaunter Pos Laju selepas setengah jam.
Saya pos barang ke Kedah.
Akak yang jaga kaunter tu tanya… “nak pos ke mana?”
Saya jawab nak pos ke Kedah. Kemudian, akak tu hulurkan saya sampul surat prepaid untuk masukkan barang yang beratnya 1KG.
Jumlah saya kena bayar, RM10.50
Saya pun dah lama tak bergelumang dengan kerja pos mengepos ni. Jadi dah tak berapa nak update sangat dengan caj pos dan kadar pos laju. Haish…
Cuma situasi ini, berjaya buat saya terfikir akan keadaan para usahawan yang nak meniaga secara online tu.
Kalau jual barang secara online, terutama sekali barangan fizikal, anda pasti akan terlibat dengan kerja-kerja pengeposan.
Soalan saya, siapakan yang akan bayar kos pos tersebut? Secara lazimnya, kos pos akan dibayar oleh pembeli.
Tetapi, zaman sekarang ni, ada sesetengah pembeli yang tak jadi beli, semata-mata tak nak bayar kos penghantaran. Bagi dia, selagi boleh dapatkan alternatif lain, yang tak perlu bayar kos penghantaran, maka dia akan cara alternatif tu dulu.
Saya ambil contoh laman web Lazada. Kat laman web tu, ada ramai seller yang jual benda yang sama.
Saya sebagai pembeli, juga akan pilih mana-mana seller yang tak kenakan caj penghantaran.
Masalah tentang caj penghantaran ni, memang banyak yang boleh kita bincangkan. Mungkin nanti saya akan sentuh lagi.
Cuma dipihak anda, sebagai usahawan, ada beberapa perkara yang anda boleh lakukan bagi memastikan tawaran anda cukup menarik.
- Anda jual barang tetapi kos penghantaran anda yang tanggung.
- Anda jual barang, tetapi kos penghantaran anda bahagi-bahagi antara anda dengan pelanggan.
- Anda jual barang dan kos pos pelanggan yang bayar.
Mana satu yang sesuai? Bergantung pada keadaan.
Jika anda pilih opsyen pertama, iaitu anda yang tanggung kos penghantaran, ini pastinya dapat menggembirakan hati pelanggan anda. Namun, jika anda ingin buat macam ni, kenalah pastikan margin untung produk yang anda jual tu tinggi.
Selepas tolak kos pos, anda masih untung BANYAK.
Ini tak mustahil berlaku, terutama sekali kalau anda beli stok dari China. Baiklah, saya cerita lagi di lain masa.
Bagi anda yang belum download ebook percuma Rahsia Taobao, boleh klik sini untuk download.
Ebook percuma yang saya maksudkan ini ialah versi preview. Walaupun preview, anda juga boleh dapat banyak manfaat darinya.
Leave a Reply