Tempat borong barang di china

Walaupun saya banyak bercerita tentang borong barangan dari China dalam blog ini, namun ia bukanlah bermakna saya tahu semua perkara tentang memborong di China.

 

Apa yang saya kongsikan dalam blog ini, kebanyakkannya adalah dari pembacaan pelbagai sumber.

 

Ada yang saya baca dari buku, ada juga dari ebook dan ada juga yang saya belajar menerusi pembacaan laman-laman web berbahasa Inggeris.

 

Senang cerita, saya ni memang banyak membaca.

 

Saya juga adalah manusia biasa. Apa yang saya baca, kadang-kadang saya akan lupa. Jadi, bagi memastikan saya tak lupa, atau sekurang-kurangnya boleh ingat lama sikit tentang sesuatu perkara, maka saya akan catatkan nota di mana-mana.

 

Blog ini adalah ibarat nota pembelajaran saya.

 

Uniknya nota ini, anda juga boleh belajar dan baca nota yang saya hasilkan.

 

Ok la… berbalik kepada topi asal. “Kat mana tempat borong barang di China?”

Continue reading “Tempat borong barang di china”

Advertisements

Feedback dan testimoni dari pembeli ebook Rahsia Taobao 2017

Kali ni saya cuma nak kongsikan 3 testimoni yang saya ambil dari laman web RASMI Rahsia Taobao. Anda juga boleh baca testimoni yang sama dari laman web ini.

 

Kalau nak tau, sama ada sesuatu ebook tu bagus atau tidak, kita lihat kepada testimoni pembeli terdahulu.

 

Memang betul, kita tak boleh nak percaya seratus peratus pada testimoni, sebabnya zaman sekarang ni, memang ada yang mereka-reka testimoni semata-mata nak jadikan produk dia laku.

 

Sebenarnya testimoni tu palsu sahaja. Dah la palsu, guna apps pulak tu untuk buat. Ok, lazimnya, untuk testimoni yang palsu ni, kita boleh nampak tahap membodek dia sangat tinggi.

 

Baiklah, tentang testimoni palsu tu mungkin saya akan ulas di lain masa. Hari ini, saya just nak cerita mengenai testimoni pembaca ebook Rahsia Taobao 2017.

Continue reading “Feedback dan testimoni dari pembeli ebook Rahsia Taobao 2017”

e-book beli online terus dari China free download

Ada yang mencari ebook percuma yang menunjukkan cara-cara nak beli online terus dari Cina ke?

 

Sebenarnya untuk pengetahuan anda, ebook Rahsia Taobao ini memang ada dua versi. Versi yang pertama adalah versi percuma.

Sila baca: Muat turun Ebook Rahsia Taobao edisi preview secara percuma

 

Versi yang percuma ni adalah versi preview dan ia memang disebarkan secara percuma oleh pemilik asal ebook ini. Kiranya bagi mereka yang nak baca ebook penuh tapi masih tak yakin, bolehlah baca yang percuma tu dulu.

 

Konsepnya lebih kurang sama macam kita nak beli buku kat kedai buku.

 

Kita pergi kedai tu kemudian kita ternampak sebuah buku yang nampak menarik. Kita pun ambik buku tu dan baca.

Continue reading “e-book beli online terus dari China free download”

Setelah saya borong barang dari China, apa patut saya buat?

Kadang-kadang, ada antara kita yang begitu bersemangat terutama sekali apabila nak borong barangan dari China.

 

Semua produk dan barangan yang tersenarai di laman web taobao.com nampak ada potensi untuk dijual, dan kalau boleh semua nak diborong dan jual di pasaran tempatan.

 

Kali pertama saya borong barang dari China, saya beli jam tangan dalam kuantiti 24 unit. Pembelian yang saya lakukan adalah secara online sahaja dan ianya tidaklah begitu sukar.

 

Jika anda tak ada pengalaman beli barang dari China secara borong, anda boleh rujuk panduan ini bagi memudahkan lagi urusan tempahan anda nanti.

 

Bila dah ada panduan dalam tangan, akan lebih mudah dan lebih yakin untuk beli macam-macam produk.

 

Jam yang saya beli dulu, masa pertama kali borong dari China, saya rasa dah tak ada yang jual dah. Sekarang dah ada model baru, seperti dibawah ini.

Continue reading “Setelah saya borong barang dari China, apa patut saya buat?”

Berbaloi ke beli ebook Rahsia Taobao?

Pada satu hari, seseorang menghubungi saya menerusi emel. Pada mulanya saya ingat tak nak layan, tapi disebabkan saya susah nak lupakan emel tersebut, maka saya balas juga.

 

Dalam emel tu, si penanya tu nak tau macam mana nak beli barangan dari China secara borong. Ya, sudah tentu dia nak beli secara online sahaja, dan tak bercadang nak berbelanja banyak untuk terbang ke China.

 

Kalau ikutkan, memang saya nak suruh dia beli je ebook Panduan Borong dari China, Rahsia Taobao ini. Tapi saya faham, bila sampai masa nak kena keluar duit memang berat jugak, kan.

 

Tak apa.

 

Saya tak kisah pun kalau cuma nak tanya satu dua soalan. Ianya mudah sahaja untuk dijawab. Lagipun, kalau kebetulan waktu tu memang saya tengah free, saya tak ada masalah untuk balas emel.

 

Tapi cubalah kalian bayangkan. Lepas saya balas dan jawab soalan pertama, dia balas emel dan tanya soalan kedua.

Continue reading “Berbaloi ke beli ebook Rahsia Taobao?”

Buku panduan menjalankan bisnes di negara China untuk orang Amerika

Jika anda berminat untuk menambahkan lagi pengetahuan dan ilmu tentang borong dari negara China, mungkin salah satu buku yang anda boleh baca (jika ada masa) ialah buku berjudul An American Guide to Doing Business in China.

 

Buku ni saya jumpa secara tak sengaja semasa saya sedang mencari buku yang menarik untuk saya pinjam dari perpustakaan negara.

Continue reading “Buku panduan menjalankan bisnes di negara China untuk orang Amerika”

Panduan Rahsia Taobao – Membantu memudahkan anda memborong secara online

Rupanya agak lama jugak saya tak update sebarang perkongsian terbaru dalam blog ini. Kalau saya rujuk pada catatan dalam blog ini, rupanya posting terakhir yang saya muatkan dalam blog ini adalah berkisar tentang 6 Rahsia pemborong yang akan anda ketahui apabila anda membaca ebook Rahsia Taobao.

Klik untuk baca: 6 Rahsia pemborong yang akan dibongkarkan dalam ebook Rahsia Taobao

 

Kalau anda nak tahu, apakah dia rahsia yang saya maksudkan tu, silalah baca ebook ini. Klik sini untuk download sekarang.

 

Baru-baru ini, saya ditanya oleh seseorang yang pernah baca blog yang saya tulis berkenaan dengan beli borong barangan dari China.

 

Situasi dia begini. Saya akan tulis dalam bentuk poin supaya lebih mudah untuk saya terangkan ya.

(1) Jika anda ingin beli barang dari laman web borong barangan dari China, anda akan dapati terdapat terlalu banyak barang yang anda boleh beli. Setiap satu nampak ada potensi untuk diniagakan. Namun, jangan terlalu ikut emosi sebabnya anda perlu tahu ada beberapa barangan yang perlu dielakkan.

Continue reading “Panduan Rahsia Taobao – Membantu memudahkan anda memborong secara online”

6 Rahsia pemborong yang akan dibongkarkan dalam ebook Rahsia Taobao

Anda dah sedia nak mulakan perjalanan anda sebagai usahawan borong yang berjaya? Langkah pertama anda mungkin bermula disini.

 

Jom saya nak kongsikan kepada anda semua, apa dia yang bakal anda ketahui dan pelajari apabila anda rujuk kepada panduan Rahsia Taobao ini.

 

Untuk pengetahuan anda, dalam ebook Rahsia Taobao, terdapat sekurang-kurangnya 6 Rahsia yang akan dibongkarkan kepada anda.

 

Kesemua rahsia-rahsia ini, hanya diketahui oleh para pemborong dan mereka yang dah biasa membeli borong barangan dari China sahaja. Jika anda adalah orang baru dalam bidang ini, besar kemungkinan anda tak tau pun tentang rahsia-rahsia ini.

 

Bila tak tau, anda mungkin akan lakukan tindakan yang silap. Dengan adanya rahsia-rahsia ini, anda pasti dapat elakkan sebarang kemungkinan yang tak diingin dari berlaku.

 

Tanpa membuang masa, saya akan senaraikan kat sini apa dia 6 rahsia yang anda akan ketahui setelah membaca ebook Rahsia Taobao.

Continue reading “6 Rahsia pemborong yang akan dibongkarkan dalam ebook Rahsia Taobao”

Contoh penipuan yang dilakukan oleh peniaga online di laman web borong dari China

Assalamualaikum dan hai. Salam perkenalan buat anda yang baru pertama kali melayari laman web ini.

 

Saya harapkan semoga ada beberapa ilmu yang saya kongsikan dalam blog ini akan dapat beri manfaat kepada kalian.

 

By the way, boleh saya tahu, adakah anda dah berjaya borong sesuatu barang dari China? Atau adakah anda masih belum lakukan sebarang tindakan langsung sampai ke hari ini?

 

Sebaik-baiknya, janganlah bertangguh. Mulakan tindakan hari ini juga. Jika tak buat hari ini, pastikan tindakan anda semakin mendekati ke arah matlamat anda untuk menjadi usahawan yang memborong barangan dari China.

 

Entri saya kira, ada serba sedikit kaitan dengan entri sebelum ini iaitu 3 Laman web popular untuk borong barang dari China. Boleh klik sini untuk baca artikel tersebut.

 

Tahukah anda, yang sebenarnya terdapat BAAAAAAANYAK laman web lain yang terdapat diluar sana yang anda boleh gunakan bagi tujuan memborong barangan dari China.

 

Bukan cuma ada tiga seperti yang saya ceritakan dalam posting tersebut.

Continue reading “Contoh penipuan yang dilakukan oleh peniaga online di laman web borong dari China”

Blog at WordPress.com.

Up ↑