Risiko kadar tukaran matawang apabila membeli borong dari China secara online

Dah baca ke belum post saya sebelum ni? Tajuk dia 3 Laman web popular untuk borong barang dari China.

 

Dalam posting tersebut, saya telahpun menyenaraikan siap-siap laman web yang memang cukup popular terutama sekali dalam kalangan pemborong barangan dari China secara online di negara kita ni.

 

Salah satu laman web yang saya terangkan dalam tu, sudah tentu adalah laman web Taobao.com

 

Jadi, buat mereka yang masih tak tau, atau masih belum pernah borong sebarang produk dari China menerusi laman web Taobao boleh cuba berbuat demikian.

 

Jika perkara yang menghalang anda untuk berbuat demikian adalah disebabkan oleh tak pandai, atau tak tau, ini dia penyelesaian yang praktikal untuk anda.

panduan-borong-dari-china-dengan-selamat

Muat turun je la panduan kat atas ini. Boleh klik sini untuk muat turun panduan.

 

Panduan Rahsia Taobao ini akan mengajar anda cara-cara dan langkah-langkah membuat pembelian barangan dari China DENGAN SELAMAT dari mula sampai habis.

 

Anda tak perlu lagi risau hal-hal seperti kena tipu, barang tak sampai, barang rosak, barang tak cukup, barang kena tahan dengan kastam dan sebagainya. Rujuk sahaja panduan Rahsia Taobao sebelum buat tempahan.

 

Kalau anda masih kurang yakin, untuk dapatkan edisi penuh, baca je yang edisi percuma dulu. Boleh muat turun secara percuma. Baca juga artikel saya sebelum ini yang tajuknya Muat turun ebook rahsia taobao edisi percuma. Klik sini untuk baca.

 

Saya nak kongsikan kepada anda semua, kadar tukaran matawang yang saya baru semak sebentar tadi.

USD1 bersamaan dengan RM4.43

USD1 bersamaan dengan RMB6.89 (matawang China iaitu Chinese Yuan atau disebut juga Renminbi)

RMB1 bersamaan dengan RM0.64 

 

Kenapa perlu tahu tentang kadar tukaran matawang asing ini?

Sudah tentu kita kena tahu. Memandangkan kita akan melakukan jual beli merentasi negara, maka kita perlu tahu, bahawa transaksi kita akan dipengaruhi oleh kadar tukaran matawang.

 

Sebagai contoh, sebelum ini kadar tukaran matawang kita dengan USD adalah lebih kurang 1USD bersamaan dengan RM3.80

Sekarang, dah jadi 1USD bersamaan RM4.43

Ini bermakna, kita perlu lebih banyak duit RM hanya untuk dapatkan USD1 berbanding sebelum ini. Maknanya? Duit USD dah jadi makin mahal. Justeru, apa-apa transaksi yang melibatkan matawang USD akan buatkan kos kita meningkat.

 

Kalau matawang kita terus jatuh, maka kos untuk jalankan perniagaan dalam USD juga akan jadi makin mahal.

 

Saya pernah dedahkan dalam salah satu posting saya sebelum ini, tentang lubuk dropship dan supplier dari China yang anda boleh gunakan dalam perniagaan secara online.

pembekal-dropship-dari-china

Atas ini adalah screenshot laman web yang saya maksudkan.

 

Saya juga sebenarnya dah agak lama tak beli barang dari laman web tersebut. Nampak tak apa yang tak kena kat laman web tu dan apa yang buatkan membeli di laman web tersebut jadi kurang menarik?

 

Sedangkan, semua pembekal adalah dari negara China dan kalau nak kata masalah bahasa, ianya tak mungkin berlaku lagipun laman web ini adalah dalam bahasa Inggeris?

 

Tak apa.

 

Anda tak perlu susah payah nak fikir. Biar saya terus terang je. Jawapannya ialah, transaksi untuk beli barang dalam laman web ini adalah dalam matawang USD.

 

Kalau beli guna USD, maka kita terdedah dengan risiko tukaran matawang dan menjadikan barang yang kita tempah secara borong dari China akan jadi lagi MAHAL berbanding kalau kita beli dari laman web Taobao.

 

Laman web Taobao, kita beli guna matawang Yuan atau Renminbi. (Boleh bayar guna M2U sahaja walaupun matawang berbeza. Kalau nak tau caranya, download panduan ini.)

 

Baiklah, itu sahaja yang saya nak kongsikan setakat ini. Risiko kadar tukaran matawang yang akan buatkan transaksi kita jadi lebih mahal.

 

Kalau nak jimat memang ada cara. Kalau tak tau cara, belajar ler…

 

Laman web dropship dari China tu, memang sesuai untuk mereka yang menggunakan matawang USD sebagai primary currency. Contohnya macam orang America kat sana tu la.

 

Tapi kita yang duduk di Malaysia ni, memang sakit sikit la kalau nak bayar guna USD. Tapi kalau kita dapat upah atau bayaran dalam USD, itu best!

 

Advertisements

One thought on “Risiko kadar tukaran matawang apabila membeli borong dari China secara online

Add yours

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

Blog at WordPress.com.

Up ↑

%d bloggers like this: