5 Masalah Import Barang Dari China yang akan diselesaikan oleh Rahsia Taobao

Siapa kata bila kita nak import barang dari China, kita tak akan menghadapi sebarang masalah?

 

Memang tipulah kalau kita tak berdepan dengan masalah. Pasti ada satu atau dua perkara yang mungkin tak akan berjalan dengan lancar. Namun demikian, dengan mempunyai ilmu yang tepat tentang aktiviti borong barangan dari China secara online, semua masalah ini boleh dihadapi dengan tenang.

 

Sebenarnya saya baru sahaja baca ebook percuma Rahsia Taobao dalam format pdf sebelum ini. Dalam ebook tersebut ada dimuatkan tentang 5 masalah lazim yang akan dilalui oleh usahawan borong dari China.

 

Kalau anda masih belum baca ebook Rahsia Taobao percuma tu, saya syorkan anda muat turun dulu menerusi pautan ini. Kena masukkan nama dan emel terlebih dahulu ye.

 

Sambil-sambil tu, baca juga komen saya pasal ebook percuma taobao tu menerusi artikel saya sebelum ini iaitu Muat turun Ebook Rahsia Taobao edisi preview secara percuma.

 

Ok dah. Ni nak cerita tentang masalah-masalah lazim yang menghantui para usahawan dan bakal usahawan borong dari China secara online. Nak tau apa masalahnya?

 

Sila teruskan pembacaan ye.

masalah-memborong-produk-china

Masalah borong dari China pertama: Kualiti produk yang bakal diborong

Memandangkan kita hanya akan buat tempahan secara online dan 100% berpandukan pada gambar yang diberi oleh seller sahaja, maka agak susah untuk kita ketahui sama ada sesuatu produk tu ada kualiti atau tidak.

 

Bagaimana agaknya persepsi anda tentang produk yang mempunyai label “Made in China” selama ini? Adakah anda berpuas hati ataupun anda menganggap produk yang dikilangkan di China semuanya tak ada kualiti.

 

Sudah tentu ada produk yang sangat bagus dan ada juga produk yang biasa-biasa sahaja. Walaubagaimanapun, ada beberapa cara yang kita boleh jadikan rujukan bagi mengetahui sama ada produk tersebut ada kualiti atau sebaliknya.

 

Kalau dalam ebook Rahsia Taobao tu, ada diterangkan dalam bab produk yang patut dielakkan. Produk tersebut patut dielakkan sebabnya ada isu dari segi kualiti dan juga workmanship.

 

Masalah borong dari China kedua: Tak tau nak borong produk apa!

Ini juga salah satu masalah yang biasa juga ni. Bila dah ada terlalu banyak produk yang ada kat depan mata, kita jadi rambang mata sampaikan kita tak tau mana satu yang kita patut borong.

 

Kalau modal tak banyak, kita kena pilih betul-betul produk apa yang boleh dijual dalam tempoh masa yang paling cepat.

 

Kalau ada modal banyak, kita mungkin boleh beli semua sekali yang kita mahukan, tapi awas. Tindakan ini agak bahaya sebabnya kita mungkin terborong produk yang tak ada orang nak beli dan akhirnya produk tu tak laku.

 

Masalah borong dari China ketiga: Tak pasti mana satu penjual yang boleh dipercayai

Ok takut kena tipu dengan penjual. Sebenarnya kalau kita fikir-fikirkan kembali, penipu ni ada kat mana-mana. Tak payah nak kata penjual di internet tu banyak menipu, penjual yang kita jumpa face to face pun boleh menipu jugak.

 

Ini yang susah bila meniaga tak ada kejujuran. Ia menjadikan proses jual beli yang mudah tu jadi sangat susah.

 

Mujurlah, kalau kita beli barang secara online, kita boleh semak kredibiliti penjual tu. Terdapat sistem rating yang boleh kita jadi rujukan bagi mengetahui rekod terdahulu penjual tersebut.

 

Bukan itu sahaja, malahan kita juga boleh baca feedback dari pembeli terdahulu terhadap penjual tersebut. Kalau feedback semua baik-baik je, bolehlah beli.

 

Masalah borong dari China keempat: Masalah barang tak sampai

Masalah barang tak sampai, barang rosak, barang kena tahan dengan kastam dan macam-macam lagi.

 

Prosedur kita beli barang dari China ni memang berbeza kalau nak bandingkan dengan kita beli dari penjual kat negara kita.

 

Kalau beli kat pasaran tempatan, contohnya beli kat laman web Lazada Malaysia misalnya, prosesnya mudah. Step yang terlibat mungkin cumalah

Lazada –> Pos Laju –> Barang sampai kat kita.

 

Tapi kalau beli barang dari China ni, step dia agak panjang. Lazimnya stepnya adalah begini.

Taobao –> Kurier –> Kastam China –> Kastam Malaysia –> Kurier –> Barang sampai kat kita.

 

Seperti yang anda dapat lihat, prosesnya agak panjang dan ia perlu melalui proses pemeriksaan kastam sebanyak dua kali. Jadi, dalam tempoh tersebut mungkin ada beberapa perkara yang akan berlaku.

 

Ini adalah prosedur biasa. Tak perlu nak rasa takut asalkan barang yang kita beli secara borong tu bukannya barangan larangan.

 

Masalah borong dari China kelima: Tak faham bahasa Cina

Perlu ke nak belajar bahasa mandarin dulu sebelum nak mulakan borong dari China? Kalau macam tu lambatlah…

 

Sebenarnya ada cara bagaimana nak tukarkan bahasa dari tulisan cina kepada tulisan roman yang biasa kita baca tu. Guna sahaja Google Translate.

 

Cara yang biasa saya buat, tekan right click kemudian pilih translate. Itu sahaja.

panduan-borong-dari-china-dengan-selamat

Semua masalah-masalah ini, beserta dengan penyelesaian ada diterangkan di dalam panduan borong dari China Rahsia Taobao. Baca kat dalam ebook tu ya kalau nak jimatkan masa anda. Klik sini untuk muat turun sekarang.

 

 

 

 

 

 

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

Blog at WordPress.com.

Up ↑

%d bloggers like this: