Cara mudah import barang dari China

Semasa zaman saya belajar di universiti dulu, saya ada seorang kawan yang ayahnya berniaga dalam bidang import dan export.

 

Sebagai salah seorang pelajar di fakulti pengurusan perniagaan, sudah tentu saya merasakan perkara tersebut adalah sesuatu yang sangat hebat!

 

“Wah ayah ko berniaga import export ke? Hebatnya. Dia jual apa?”

 

Krik… krik… krik… krik…

 

Dan dengan tak semena-mena, muncul beberapa ekor cengkerik mengisi suasana hening yang tiba-tiba sahaja muncul.

 

Biasalah tu kalau orang berniaga ni tak nak berkongsi apa benda yang dia niagakan. Orang kata, benda ni adalah RAHSIA PERNIAGAAN. Its a trade secret.

 

Bukannya tak boleh nak kongsi dengan orang lain. Boleh tu memang boleh. Tapi benda ni memang ada risikonya.

 

Apabila ramai orang tahu, apa benda yang kita buat, dari mana kita dapat sumber bekalan, berapa modal yang diperlukan, macam mana nak jalankan bisnes tersebut, maka ada kebarangkalian orang yang tahu cerita tu nanti akan tiru sebijik-sebijik apa yang kita lakukan.

 

Persoalannya sekarang, bukannya sebab kita tak yakin dengan rezeki Allah atau apa, tetapi bila kita heboh dekat orang lain, maka kita sendiri yang membuatkan pendapatan kita terjejas dengan menjemput lebih ramai pesaing untuk bersaing dalam bisnes yang sama, yang kita lakukan.

 

Faham dah? Kenapa orang yang buat bisnes import export ni lazimnya agak jarang nak dedahkan rahsia kejayaan ataupun rahsia perniagaan mereka.

 

“Tapi kan bro, aku tengok Syed Mukhtar yang dah kaya tahap jutawan tu rileks je bagitau apa bisnes yang dia buat. Ni orang lain yang baru nak start dah kedekut ilmu…”

 

Hmm… nampaknya kamu ni masih tak faham lagi rupanya.

 

Memanglah Syed Mukhtar tu tak kisah nak bagitau apa bisnes yang dia buat, sebabnya bisnes yang dia buat tu, kebanyakkannya memerlukan MANPOWER yang sangat ramai disamping MODAL yang sangat tinggi.

 

Contohnya, salah satu bisnes beliau ialah jual beras. Syarikat BERNAS adalah milik beliau. Anda rasa kalau nak meniaga beras ni, cukup ke dengan modal RM500 ke bawah?

 

Dah tentu tak cukup.

 

Bukan itu sahaja, malahan persaingan dalam perniagaan beras ini juga boleh tahan tingginya. Pergilah ke mana-mana mall seperti Tesco misalnya, dan anda nilaikan sendiri, berapa banyak jenama beras yang ada kat sana.

 

Sangat banyak.

 

Tetapi, peluang untuk jadi usahawan masih terbuka luas dengan menjadi usahawan borong dari China.

 

Langkah pertama, sudah tentu kena tahu macam mana nak import barang dari China dengan selamat.

 

Ada beberapa cara yang biasa digunakan untuk import barang dari China.

cara-senang-import-barang-dari-china

Pertama, anda pergi sendiri ke China dan beli barang disana. Seterusnya barang tersebut akan dihantar ke Malaysia menerusi syarikat kurier.

 

Menerusi cara ini, anda perlukan modal sekurang-kurangnya RM3,000 yang akan dipakai hangus untuk ke China. Ia merangkumi perbelanjaan tiket penerbangan, penginapan, makan minum, pengangkutan, servis kurier dan lain-lain perbelanjaan.

 

Cara kedua, anda gunakan khidmat ejen untuk beli barangan dari China bagi pihak anda. Ataupun anda kirim dari sesiapa sahaja yang anda percaya. Itupun kalau ada.

 

Cara ketiga adalah anda beli sendiri barangan dari China secara online sahaja. Ini juga termasuk salah satu cara paling mudah untuk import barang dari China.

 

Berita baik untuk anda ialah, anda boleh rujuk pada panduan ini, jika anda memang tak tau macam mana nak borong dari China.

panduan-borong-dari-china-dengan-selamat

Panduan dah ada.

 

Kalau tak tau nak borong apa, boleh rujuk kat panduan tu.

 

Kalau tak tau nak jual produk apa sebagai permulaan, juga boleh rujuk panduan tersebut.

 

Dengan adanya panduan tersebut, selepas ini anda juga boleh jadi usahawan import export.

 

So kalau ada yang tanya, anda bisnes apa sekarang ni. Bolehlah cakap dengan yakin, aku buat import export.

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

Create a free website or blog at WordPress.com.

Up ↑

%d bloggers like this: