Buat bisnes tanpa modal dengan memborong barang dari China

Boleh ke nak buat bisnes tanpa modal dengan memborong barangan dari China? Nampak macam pelik, kan?

 

Sebenarnya ia memang boleh dilakukan.

 

Bukan sekadar teori, malahan saya sendiri PERNAH lakukannya. Konsep yang saya gunakan adalah konsep DROPSHIP.

 

Saya pernah guna cara ini dalam bisnes online yang saya lakukan. Tetapi, saya tak teruskan sebabnya saya rasa konsep dropship bukan untuk saya.

 

Saya lebih suka kalau barang tu ada dalam tangan saya then jual, berbanding guna konsep dropship.

 

Konsep dropship ni bukannya semudah yang kita bayangkan. Ada cabarannya. Yes, ia memang tak perlu kita keluar modal langsung, namun ia perlu kesabaran.

tanpa-modal-borong-dari-china

Pertama, kita kena confirmkan betul-betul sama ada seller kat laman web borong dari China tu boleh support dropship ataupun tidak. Sesetengah laman web, hanya akan post barang ke alamat yang kita daftarkan sahaja.

 

Kita tak boleh mintak diorang post barang ke alamat lain, sebagai contoh alamat pelanggan kita. Kalau nak guna seller ini, barang kena hantar kat kita dulu, bila dah sampai kena pos semula kepada pelanggan.

 

Tapi ada juga setengah seller yang tak ada masalah untuk terus pos kepada pelanggan.

 

Kedua adalah faktor masa penghantaran. Untuk barang dari China sampai ke Malaysia, ia mungkin ambil masa 7 – 14 hari. Lama betul!

 

Memang lama.

 

Saya pasti, jika anda adalah pelanggan saya, anda pasti tak sanggup nak tunggu lama, semata-mata nak dapatkan barang tersebut. Lebih baik anda beli sendiri dari laman web Lazada Malaysia misalnya daripada tunggu lama.

 

Jadi, ini menjadikan konsep buat duit tanpa modal berbisnes borong dari China kurang menarik.

 

Sebaik-baiknya, borong je dulu barang tu kemudian baru jual.

 

Ataupun, kalau anda nak buat juga teknik tanpa modal ni, anda boleh bertindak sebagai ejen yang membantu usahawan lain yang tak tau macam mana nak borong dari China.

 

Cara ini pun boleh.

 

Apa yang penting, anda perlu tahu selok belok borong dari China. Bagaimana ia dapat dilakukan tanpa sebarang masalah. Kiranya peranan anda nanti tu mirip kepada peranan seorang konsultan.

rahsia-taobao-borong-dari-china

Soalannya ialah, anda tahu ke tak cara nak borong barang dari China dengan selamat dan murah? Kalau tak tau, kenalah rujuk dan muat turun panduan ini sekarang.

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

Blog at WordPress.com.

Up ↑

%d bloggers like this: