Barang dari China tak ada kualiti! Betul ke?

Betul ke barang dari China ni tak ada kualiti?

 

Kalau barangan buatan China tak ada kualiti, jadi macam mana kita nak mulakan bisnes borong kita nanti? Ada ke pelanggan yang nak beli kalau kita jual barang yang ada masalah dari sudut kualiti.

 

Aspek tentang kualiti produk adalah salah satu masalah yang perlu kita atasi apabila kita ingin borong barang dari China.

 

Sebenarnya, isu tentang barangan dari China tak ada kualiti ini turut saya sentuh sedikit dalam posting sebelum ni. Tajuknya “5 Masalah Import Barang Dari China yang akan diselesaikan oleh Rahsia Taobao“.

 

Kalau anda masih belum baca posting tersebut, jemputlah baca dulu.

 

Sebenarnya faktor kualiti adalah satu faktor yang perlu dipandang serius oleh usahawan. Jika kita jual barang yang tak ada kualiti, ia hanya akan menjejaskan kredibiliti kita sebagai penjual.

 

Walaubagaimanapun, untuk mengatakan semua barangan dari China adalah tak berkualiti, ia adalah suatu kenyataan yang tidak begitu tepat.

 

Dari sudut ekonomi, sebenarnya saya berpandangan strategi ekonomi negara China sangatlah bijak.

 

Mereka mengeluarkan pelbagai produk, bukan sahaja produk yang mempunyai pelbagai kegunaan malahan produk mereka juga didatangkan dengan kualiti yang berbeza.

 

Faham tak?

 

Kita sedia maklum, setiap orang (merujuk kepada pasaran pengguna) mempunyai taraf ekonomi yang berbeza-beza. Ada yang kaya, sederhana dan miskin.

 

Orang yang miskin sudah pasti tak mampu nak beli produk yang mahal, yang secara lazimnya hanya mampu dibayar oleh orang kaya.

 

Jadi apa yang pengeluar dari China ni lakukan, mereka menghasilkan produk yang sama, tetapi dengan harga yang lebih murah. Apabila harganya murah, maka kita sedia maklum bahan yang digunakan untuk produksi barangan tersebut juga dari material yang murah.

 

Hasilnya mungkin ia tak begitu berkualiti, namun untuk mereka yang tak mampu beli, produk ini masih dapat digunakan oleh mereka.

 

Untuk mengatakan semua produk dari China tak ada kualiti, ianya tidak begitu tepat. Sebaliknya, apa yang boleh saya katakan, kualiti produk itu kita boleh lihat dari salah satu sudut iaitu harganya.

 

Kalau nak produk yang gred dan kualitinya tinggi, maka carilah produk yang mahal sikit. Produk yang lebih mahal selalunya sebab kualitinya lebih baik, dan material yang digunakan juga jenis yang baik.

 

Baiklah.

 

Bagi produk yang ada di depan mata, mungkin kita boleh belek-belek dan nilaikan sendiri sama ada produk tu berkualiti atau tidak. Namun, macam mana pula kalau produk tu tak ada kat depan mata, dan kita cuma boleh tengok gambarnya sahaja?

 

Ha… sebab itulah anda kena baca panduan borong dari China – Rahsia Taobao ini. [klik sini untuk download]

 

Dalamnya sarat dengan perkongsian ilmu dan pengalaman oleh penjual yang memang dah biasa beli barang secara borong di Taobao. Borong secara online sahaja tanpa perlu susah payah nak terbang ke China.

 

Bagi usahawan yang masih baru, ada beberapa tips yang anda boleh lakukan bagi mengelakkan anda alami kerugian dengan memborong barangan yang salah.

 

Antaranya

(1) Sila kaji reputasi penjual. Lihat berapa banyak transaksi yang pernah dijalankan oleh penjual sebelum ini.

 

(2) Lihat juga apa feedback dari pembeli sebelum ini. Ada tak yang merasakan dirinya ditipu atau tertipu.

 

(3) Elakkan borong barangan elektronik yang halus pembuatannya. Kalau jual barangan elektronik selalunya kita perlu sediakan waranti.

 

(4) Kalau nak jual juga barangan elektronik, beli satu dan guna dulu. Cuba untuk diri sendiri dan kalau betul-betul puas hati barulah borong banyak-banyak.

 

(5) Ada banyak barang lain yang lebih “selamat” untuk diborong dari China, contohnya seperti pakaian kanak-kanak.

borong-baju-dari-china

Biasanya, golongan ibu-ibu ni memang tak kisah untuk berbelanja untuk belikan baju yang cantik-cantik untuk anak-anak mereka.

 

Matawang yang ditunjukkan diatas adalah dalam matawang Chinese Yuan atau Renminbi.

¥19.90 = RM12.80

¥69.00 = RM44.40

¥79.00 = RM51.00

 

Jadi, bergantung kepada target market anda, jika anda sasarkan golongan yang kaya dan berduit, maka bolehlah borong yang mahal sikit.

 

Apapun, ini hanya sebahagian sahaja yang bakal anda pelajar dari ebook Rahsia Taobao. Kalau minat nak tau dengan lagi details, muat turun dengan menekan klik disini.

 

 

 

 

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

Create a free website or blog at WordPress.com.

Up ↑

%d bloggers like this: