Contoh penipuan yang dilakukan oleh peniaga online di laman web borong dari China

Assalamualaikum dan hai. Salam perkenalan buat anda yang baru pertama kali melayari laman web ini.

 

Saya harapkan semoga ada beberapa ilmu yang saya kongsikan dalam blog ini akan dapat beri manfaat kepada kalian.

 

By the way, boleh saya tahu, adakah anda dah berjaya borong sesuatu barang dari China? Atau adakah anda masih belum lakukan sebarang tindakan langsung sampai ke hari ini?

 

Sebaik-baiknya, janganlah bertangguh. Mulakan tindakan hari ini juga. Jika tak buat hari ini, pastikan tindakan anda semakin mendekati ke arah matlamat anda untuk menjadi usahawan yang memborong barangan dari China.

 

Entri saya kira, ada serba sedikit kaitan dengan entri sebelum ini iaitu 3 Laman web popular untuk borong barang dari China. Boleh klik sini untuk baca artikel tersebut.

 

Tahukah anda, yang sebenarnya terdapat BAAAAAAANYAK laman web lain yang terdapat diluar sana yang anda boleh gunakan bagi tujuan memborong barangan dari China.

 

Bukan cuma ada tiga seperti yang saya ceritakan dalam posting tersebut.

 

Sekiranya anda buat carian di internet, menggunakan laman web Google, anda mungkin akan temui banyak lagi laman web yang menawarkan servis borong barangan dari China.

 

Dalam posting ini, saya hanya ingin kongsikan beberapa perkara yang anda perlu tahu, tentang penipuan-penipuan yang terjadi apabila menggunakan servis laman web borong dari China yang kurang popular.

 

Saya akan cerita secara umum dan ringkas sahaja, kerana topik ini telah pun dikupaskan dalam panduan yang anda boleh baca disini.

 

Bila cakap tentang topik penipuan ini, sebenarnya penipu ada dimana-mana. Bukan terhad sekadar penipu di internet sahaja.

 

In fact, kalau anda dapatkan stok barangan dari GM Klang, Kenanga Wholesale sekalipun, mungkin anda akan terjumpa dengan peniaga yang kurang jujur.

 

Ok dah.

 

Saya nak fokus pada topik.

 

(1) Bila beli pakaian misalnya, jangan mudah tertipu dengan apa yang kita nampak di depan mata. Contohnya lihat gambar dibawah.

kualiti-barang-dari-china

Kalau kita lihat pada gambar, memang pakaian tersebut nampak sangat bergaya, namun apabila dibeli dan sampai kepada pembeli, ia mungkin tak sama seperti yang dibayangkan.

 

Lihat lah.

barang_murah_dari_china

Tanggungjawab pembeli adalah untuk memastikan produk yang nak dibeli tu adalah benar-benar seperti yang kita lihat.

 

Pernah pergi shopping mall? Pernah tengok bahagian yang jual baju? Biasa nampak kan, ada patung-patung yang dipakaikan dengan baju yang hendak dipromosikan. Nampak sungguh bergaya bukan?

 

Tapi perasan tak anda, untuk menampakkan pakaian tersebut sungguh bergaya, penjual akan pin bahagian belakang baju tersebut supaya nampak fit dan mempunyai potongan yang menarik.

 

Sama juga halnya dengan apa yang berlaku ini. Anda boleh pergi ke Aeon, The Store dan lain-lain mall yang menjual baju untuk lihat pin yang saya maksudkan.

 

(2) Ada penjual yang kurang jujur, mereka menggunakan gambar produk lain yang berbeza dari segi kualiti untuk menjual produknya.

 

(3) Ada penjual yang hantar barang yang tak sama dengan apa yang kita order. Kita tempah smartphone, bila dah sampai, kita dapat powerbank pulak!

 

(4) Penjual beri kita produk dengan warna yang berbeza. Order warna pink, dapat warna biru, atas alasan warna yang kita order tu dah habis.

 

(5) Penjual tutup kedai dan hilangkan diri. Bukan susah nak tutup kedai kalau meniaga secara online ni. Hanya perlu buang sahaja url laman web tersebut.

 

Sekiranya tidak berhati-hati, perkara-perkara seperti yang saya senaraikan kat atas ini mungkin akan terjadi kepada anda. Sudah tentu, ini akan buatkan semangat kita untuk jadi usahawan borong yang berjaya jadi makin luntur.

 

Bagaimana cara untuk atasi?

 

Saranan saya.

 

(1) Hanya beli dari sumber yang mempunyai kredibiliti. Sebaik-baiknya beli kat tempat yang memang ramai pemborong lain turut beli. Contohnya belilah kat laman web Taobao.com

 

(2) Sebelum beli, semak dulu kredibiliti penjual dan lihat juga track record penjual tersebut. Berapa banyak jumlah transaksi yang pernah beliau lakukan.

 

(3) Lihat juga apa kata pembeli sebelum ini. (feedback)

 

(4) Ada atau tidak complaint dari pembeli terdahulu yang mengatakan barang yang dihantar tak sama dengan barang yang diiklankan. Jika ada, elakkan berurusan dengan penjual tersebut.

 

(5) Untuk urusan pembayaran, pastikan bayaran dibuat ke akaun milik laman web. Bukannya bayar ke akaun peribadi penjual. Tak jelas?

Contohnya begini, jika anda ingin borong barang dari laman web Taobao.com pastikan bayaran itu dibuat ke akaun milik Taobao.com dan bukannya personal account milik penjual.

Jika berlaku sebarang isu, pihak taobao.com akan bantu selesaikan isu tersebut, sebaliknya jika bayar terus kepada penjual, sebarang masalah yang timbul adalah antara anda dengan penjual sahaja dan pihak taobao.com tak dapat masuk campur dan beri bantuan.

 

Baiklah.
Itu sahaja yang saya nak kongsikan dalam posting ini.

 

Semoga anda manfaat dan kalau anda masih belum baca lain ebook Rahsia Taobao dalam format pdf edisi percuma, boleh klik sini.

Baca juga: Muat turun Ebook Rahsia Taobao edisi preview secara percuma

Advertisements

One thought on “Contoh penipuan yang dilakukan oleh peniaga online di laman web borong dari China

Add yours

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

Create a free website or blog at WordPress.com.

Up ↑

%d bloggers like this: