Panduan Rahsia Taobao – Membantu memudahkan anda memborong secara online

Rupanya agak lama jugak saya tak update sebarang perkongsian terbaru dalam blog ini. Kalau saya rujuk pada catatan dalam blog ini, rupanya posting terakhir yang saya muatkan dalam blog ini adalah berkisar tentang 6 Rahsia pemborong yang akan anda ketahui apabila anda membaca ebook Rahsia Taobao.

Klik untuk baca: 6 Rahsia pemborong yang akan dibongkarkan dalam ebook Rahsia Taobao

 

Kalau anda nak tahu, apakah dia rahsia yang saya maksudkan tu, silalah baca ebook ini. Klik sini untuk download sekarang.

 

Baru-baru ini, saya ditanya oleh seseorang yang pernah baca blog yang saya tulis berkenaan dengan beli borong barangan dari China.

 

Situasi dia begini. Saya akan tulis dalam bentuk poin supaya lebih mudah untuk saya terangkan ya.

(1) Jika anda ingin beli barang dari laman web borong barangan dari China, anda akan dapati terdapat terlalu banyak barang yang anda boleh beli. Setiap satu nampak ada potensi untuk diniagakan. Namun, jangan terlalu ikut emosi sebabnya anda perlu tahu ada beberapa barangan yang perlu dielakkan.

 

(2) Katakanlah, selepas anda membuat kajian pasaran, sudah mengetahui sama ada barangan tertentu ada permintaan ataupun tidak, maka anda buat keputusan untuk jual barangan permainan kanak-kanak.

 

(3) Selepas pilih produk apa, anda dapati ada banyak seller yang jual benda yang sama.

 

(4) Setiap seller menawarkan harga yang berbeza-beza. Ada yang kena beli dalam satu jumlah tertentu baru dapat murah. Ada yang boleh beli satu unit sahaja, tapi harganya agak mahal.

 

(5) Kini anda tak pasti nak pilih seller yang mana. (saya syorkan anda rujuk kepada rating dan juga feedback seller tersebut)

rahsia-taobao-membantu-borong-dari-china

(6) Anda mungkin akan perasan, bahawa semua seller menggunakan gambar produk yang sama! Kalau ada kelainan sekalipun, yang berbeza hanyalah watermark pada gambar tersebut!

 

(7) Jika tak biasa, pasti anda akan keliru, adakah semua seller ini menjual produk yang SAMA dan adakah kualiti dan gred produk yang dijual itu semua SAMA atau berbeza-beza?

====

Itulah yang ditanyakan kepada saya.

 

Seller yang berbeza, tetapi menggunakan gambar produk yang sama. Adakah kualiti dan gred produk semua sama atau akan ada perbezaan?

Baca juga: Barang dari China tak ada kualiti? Betul ke?

 

Saya tak boleh nak jawab on behalf bagi seller yang anda temui di laman web borong tersebut. Apa yang saya boleh ceritakan adalah dari pengalaman saya sahaja.

 

Jika apa yang saya bakal ceritakan ini berguna untuk anda, moga ia dapat jadi ilmu yang bermanfaat untuk kalian.

 

Selain itu, saya juga amat-amat menggalakkan anda untuk menambahkan ilmu dengan meluaskan lagi pembacaan.

 

(1) Bukan semua seller adalah pengilang atau mempunyai kilang sendiri. Ada juga antara mereka adalah ejen, pemborong, dan sebagainya.

 

(2) Mereka akan gunakan gambar yang sama dalam sales page. Sebabnya produk mereka memang berasal dari kilang yang sama.

 

(3) Walaubagaimanapun, untuk lebih puas hati, kita sebenarnya boleh minta seller untuk tangkap gambar, the real picture, untuk kita lihat sebelum kita setuju untuk beli produk tu.

 

(4) Bagaimana kalau seller tak nak buat? Senang je. Kita beli dari seller lain yang sanggup buat. Seller yang sanggup bersusah payah nak tangkap gambar produk yang kita nak beli tu.

 

(5) Dalam kebanyakkan laman web borong yang saya pernah guna, mereka ada sistem chat yang boleh kita gunakan. Gunakan sistem tersebut. Dengan meminta gambar real product, sebelum buat bayaran, kita boleh elakkan berlaku keadaan dimana kita rasa tertipu sebab barang tak sama atau ada sedikit perbezaan berbanding yang kita tengok dia sales page.

 

(6) Saya tak tau kenapa seller ni semua guna gambar yang sama. Sedangkan mereka boleh tangkap gambar produk tu untuk jadi lebih unik. MUNGKIN mereka tak nak ada seller lain yang curik gambar produk tu, agaknya.

 

(7) Atau mungkin, mereka tak perlu ambik kisah sangat pasal gambar produk sebabnya mereka terlalu sibuk urus tempahan dan tak kisah langsung pasal gambar. Almaklumlah, tempahan yang mereka terima adalah dari SELURUH DUNIA.

 

===

Jadi, setiap kali anda rasa ragu, hubungi seller dan minta dia buat sesuatu untuk kita. Biasanya kita minta sahaja dia tangkap gambar produk tu.

 

Minta dari pelbagai sudut supaya mudah untuk kita buat penilaian.

 

Jangan takut untuk susahkan sikit seller, sebabnya kita nak borong barang dari dia, mestilah kita kena dapatkan yang terbaik.

 

…dan lagi satu, sebenarnya ada juga yang memang dah standby dengan galeri gambar produk mereka sendiri. Mereka hanya tunggu anda minta. Kalau tak ada sesiapa yang minta, maka mereka tak bagi.

 

Ok? Kalau nak dapatkan tips tambahan, silalah download panduan ini ya.

 

 

 

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

Blog at WordPress.com.

Up ↑

%d bloggers like this: