Setelah saya borong barang dari China, apa patut saya buat?

Kadang-kadang, ada antara kita yang begitu bersemangat terutama sekali apabila nak borong barangan dari China.

 

Semua produk dan barangan yang tersenarai di laman web taobao.com nampak ada potensi untuk dijual, dan kalau boleh semua nak diborong dan jual di pasaran tempatan.

 

Kali pertama saya borong barang dari China, saya beli jam tangan dalam kuantiti 24 unit. Pembelian yang saya lakukan adalah secara online sahaja dan ianya tidaklah begitu sukar.

 

Jika anda tak ada pengalaman beli barang dari China secara borong, anda boleh rujuk panduan ini bagi memudahkan lagi urusan tempahan anda nanti.

 

Bila dah ada panduan dalam tangan, akan lebih mudah dan lebih yakin untuk beli macam-macam produk.

 

Jam yang saya beli dulu, masa pertama kali borong dari China, saya rasa dah tak ada yang jual dah. Sekarang dah ada model baru, seperti dibawah ini.

jam-tangan-murah-china

Harga jam tangan seperti ini murah sahaja. Kalau anda rujuk ke laman web ini, jam seperti ini boleh diperolehi dengan harga di bawah RM10.

 

Kalau borong jam seperti ini, dengan mengatakan borong, saya maksudkan anda beli banyak, seperti 50 – 100 unit sekurang-kurangnya, jam seperti ini boleh diperolehi dengan harga sekitar RM3 – RM5 seunit.

 

Ya, memang murah.

 

Cuma yang menjadi persoalannya ialah, selepas 7 – 14 hari tempahan dibuat, dan barang yang ditempah pun dah sampai ke tangan, apa nak buat dengan barang yang kita dah borong dari China tu nanti?

 

Jawapan yang paling LOGIK, dah tentu ialah kita nak jual barang tersebut.

 

Namun demikian, dek kerana tempoh penghantaran merentasi dua negara yang mungkin ambil masa yang agak panjang, kadang-kadang kita rasa agak lemah dan mula hilang motivasi nak jual produk tu, bila ianya dah sampai dalam tangan.

 

Jika anda ada baca artikel saya yang sebelum ini, berjudul 6 Rahsia pemborong yang akan dibongkarkan dalam ebook Rahsia Taobao, anda akan dapat mengetahui bahawa dalam rahsia kelima, anda akan belajar macam mana cara nak jual barang yang dah diborong dari China secara online sahaja.

 

Malahan, kalau anda nak tahu, barang yang dah diborong dari China tu, tak semestinya anda kena tunggu dah sampai baru nak jual.

 

Ini ada beberapa idea yang mungkin anda boleh pertimbangkan.

 

(1) Sementara nak tunggu barang tu sampai, anda dah boleh buat marketing dan dapatkan order awal. Tawarkan harga yang lebih rendah kepada mereka yang minat nak booking barang tersebut, dan nyatakan bahawa barang masih lagi dalam perjalanan nak ke Malaysia. Siapa yang order awal, dan buat booking akan layak dapat diskaun.

 

(2) Gunakan barang yang ditempah tu sebagai hadiah untuk kontes yang bakal anda jalankan. Kita buatlah tempoh kontes tersebut berjalan adalah selama 2 minggu (iaitu bersamaan dengan tempoh perjalanan penghantaran barang ke Malaysia). Apabila barang dah sampai, anda umumkan pemenang dan siapa yang tak menang, boleh beli barang tersebut dalam satu harga.

 

(3) Boleh juga berikan harga istimewa bagi yang menyertai kontes tersebut.

 

Seterusnya barang-barang yang lain, anda bolehlah jual secara online, dan jika tak pandai cara nak jual tu, bolehlah belajar dari Panduan Taobao yang anda boleh muat turun disini.

 

Itu sahaja yang saya nak kongsikan dalam perkongsian kali ini.

 

In Shaa Allah, di lain masa saya akan kongsikan tips yang lain pula.

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

Create a free website or blog at WordPress.com.

Up ↑

%d bloggers like this: