Tempat borong barang di china

Walaupun saya banyak bercerita tentang borong barangan dari China dalam blog ini, namun ia bukanlah bermakna saya tahu semua perkara tentang memborong di China.

 

Apa yang saya kongsikan dalam blog ini, kebanyakkannya adalah dari pembacaan pelbagai sumber.

 

Ada yang saya baca dari buku, ada juga dari ebook dan ada juga yang saya belajar menerusi pembacaan laman-laman web berbahasa Inggeris.

 

Senang cerita, saya ni memang banyak membaca.

 

Saya juga adalah manusia biasa. Apa yang saya baca, kadang-kadang saya akan lupa. Jadi, bagi memastikan saya tak lupa, atau sekurang-kurangnya boleh ingat lama sikit tentang sesuatu perkara, maka saya akan catatkan nota di mana-mana.

 

Blog ini adalah ibarat nota pembelajaran saya.

 

Uniknya nota ini, anda juga boleh belajar dan baca nota yang saya hasilkan.

 

Ok la… berbalik kepada topi asal. “Kat mana tempat borong barang di China?”

 

Untuk jawab soalan ini, saya akan rujuk dua buah buku yang saya pernah baca sebelum ini.

 

Buku pertama, tajuknya ialah Panduan memborong di China. Anda boleh baca review buku ini dengan menekan klik pada posting saya yang berjudul Panduan memborong di China.

buku-panduan-memborong-di-china

Untuk versi ebook, boleh didapati dengan harga serendah RM13 sahaja menerusi pautan ini.

 

Buku kedua yang juga bagus untuk anda baca ialah buku berjudul Borong di China: Ingat Senang Ke?

 

Buku ini pun bagus juga. Ditulis mengikut style travelog dan memuatkan pengalaman penulis melakukan ekspedisi borong ke negara China.

Boleh baca review saya dengan menekan klik pada posting saya yang berjudul Borong di China: Ingat Senang Ke?

 

Ok dah.

 

Panjang betul kan intro dia.

 

Dalam kedua-dua buah buku, walaupun ditulis oleh penulis yang berbeza, namun kedua-duanya mencadangkan untuk memborong barang dari China di Guang Zhou.

 

Disinilah tempatnya gedung membeli belah terbesar di dunia!

 

Kalau kita ikuti pengalaman penulis, dapat kita rasakan betapa penatnya nak borong barang disitu.

 

Saya rasa, ada baiknya beli sahaja secara online. (walaupun saya tau setengah orang lebih prefer untuk datang terus ke sana dan melihat sendiri kualiti barang yang nak diborong)

 

Bagi mereka yang nak borong secara online sahaja, boleh rujuk kepada panduan Rahsia Taobao sahaja. Pastinya akan membantu.

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

Create a free website or blog at WordPress.com.

Up ↑

%d bloggers like this: