Tips memulakan bisnes borong dari China (1) – Pilih Niche yang betul

Saya rasa, bermula hari ni saya nak mula menulis artikel jenis bersiri. Semoga saya diberi kekuatan untuk terus konsisten menulis dalam blog ini.

 

Jadi untuk siri artikel yang pertama, saya ingat saya nak cover topik mengenai Tips memulakan bisnes borong dari China.

 

Artikel dalam siri ini, saya akan letakkan nombor bagi memudahkan para pembaca untuk nampak bahawa bagi artikel seperti ini, ia sebenarnya ada siri-sirinya yang tersendiri.

 

Sudah tentu, kalau nak bandingkan dengan tips yang saya berikan disini dengan tips yang disediakan oleh Nigel Ong, kualitinya jauh beza. Kalau nak yang lebih lengkap dan lebih kualiti, muat turunlah panduan ini ya.

 

Dalam tips yang pertama ini, saya akan bermula dengan tips Pilih Niche Yang Betul.

 

Siapa yang boleh kata dan sahkan sama ada niche yang kita pilih tu sama ada ianya betul atau tidak?

 

Sebenarnya topik pemilihan niche ini, bukannya hanya terhad pada bisnes jenis borong dari China semata-mata.

 

Dalam apa jua bisnes sekalipun, inilah dia perkara pertama dan PENTING untuk kita lakukan, iaitu pilih niche.

 

Sama ada anda nak mulakan bisnes dropship, bisnes affiliate, nak mulakan blog atau website buat duit, inilah dia benda penting yang perlu dibuat.

borong-baju-dari-china

Muat turun panduan bisnes borong china dengan menekan klik pada pautan ini.

 

Kesilapan yang paling biasa dilakukan ialah terlalu terikut-ikut dengan kisah kejayaan orang lain.

 

Orang jual produk mencerahkan kulit dan berjaya buat sale ribu-ribu ringgit, kita pun terpengaruh dan mula terikut-ikut nak jual benda yang sama.

Bila dengar ada yang berjaya jual casing smartphone, dengan modal yang rendah lepas tu untung pulak berkali ganda, kita pun nak jual benda tu jugak.

Lepas tu, bila ada yang dengan jayanya jual tudung dan baju kanak-kanak, kita pun nak jual benda tu jugak.

 

Akhirnya, kita jual macam-macam produk, namun setiap produk tu langsung tak ada kaitan antara satu sama lain.

 

Cuba bayangkan, kalau anda menggunakan kaedah pengiklanan berbayar untuk mempromosikan produk-produk tersebut.

 

Anda terpaksa laburkan duit untuk buat iklan tudung.

Kemudian kena keluar duit lagi untuk buat iklan berbayar produk pencerahan wajah.

…dan seterusnya.

 

Disebabkan produk-produk ini langsung tak ada kaitan antara satu sama lain, maka agak susah nak jumpa customer yang berminat nak beli produk lain yang anda juga jual.

 

Kiranya nak buat cross sell ni memang agak payah.

 

Tetapi, jika anda berniaga dengan cara menetapkan niche terlebih dahulu… anda ada kelebihan yang lebih baik.

 

Contohnya anda target niche memancing.

 

Anda buat iklan joran sahaja. Bila ada yang minat nak beli joran, pada masa sama anda boleh tawarkan untuk jual umpan, mata kail, pelampung dan macam-macam lagi.

 

Begitu juga halnya jika anda memilih niche tudung. Anda boleh jual pelbagai jenis tudung.

 

Saya harap anda dapat tangkap apa yang saya cuba sampaikan. Pilih niche. Baru teruskan dengan langkah seterusnya.

 

Itu sajalah buat masa ni. Kalau nak tips yang lebih gempak, bolehlah download panduan ini ataupun kalau rajin, followlah perkongsian lain yang saya siarkan dalam blog ni ye.

 

Semoga ada manfaat, walaupun cuma sedikit.

 

Ps: Setiap niche ada kekuatannya. Setiap niche juga ada pelanggannya. Kerenah pelanggan juga berbeza bagi niche yang berbeza. Untungnya buat mereka yang fokus pada satu niche ni ialah, mereka boleh jadi expert pada niche tersebut, lagi lama dia buat bisnes tu.

 

Advertisements

One thought on “Tips memulakan bisnes borong dari China (1) – Pilih Niche yang betul

Add yours

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

Create a free website or blog at WordPress.com.

Up ↑

%d bloggers like this: