Waktu saya menulis artikel ini, sebenarnya kita berada di minggu terakhir bulan Syaaban. Tak lama lagi, bulan Ramadhan bakal menjelang.
Selama sebulan, umat Islam akan mula menjalani ibadah puasa.
Bagi sesetengah orang, bulan puasa ni memang amat dinanti-nanti.
Disamping untuk merebut ganjaran amal ibadah yang pahalanya berkali ganda banyaknya berbanding bulan-bulan biasa, ada juga yang ternanti-nanti bulan ramadhan sebab waktu ini adalah masa yang cukup baik untuk buat duit.
Bagi mereka yang memang aktif menjalankan bisnes di pasar-pasar, sekarang inilah masanya untuk berniaga setiap hari di bazar ramadhan.
Jika anda masih tak tau, nak buat bisnes apa masa bulan puasa ni, mungkin boleh pertimbangkan untuk mulakan bisnes di bazar ramadhan.
baca juga: Bisnes Air Balang jadi pilihan usahawan semasa bulan puasa
Satu bentuk bisnes yang popular ialah jual air di bazar ramadhan. Untungnya juga banyak.
Namun, peluang berniaga tu ada banyak. Ia tidak hanya terhad pada satu jenis bisnes semata-mata.
Baiklah, artikel ni sebenarnya adalah sambungan bagi artikel sebelum ini yang berjudul Tips memulakan bisnes borong dari China (1) – Pilih Niche yang betul
Saya dah cerita dalam posting saya yang lalu, bahawa step pertama adalah memilih niche yang betul untuk perniagaan kita.
Kali ini, saya nak kongsikan beberapa tips macam mana nak pilih niche.
Pada asasnya, niche ni kita boleh pilih berdasarkan beberapa kaedah, iaitu
(1) Kemahiran dan kepakaran yang kita ada
(2) Minat yang kita miliki
(3) Benda yang kita pernah belajar
(4) Berdasarkan kepada permintaan semasa
Saya akan terangkan satu per satu secara ringkas sahaja.
Sebenarnya saya rasa, kalau saya tak terangkan satu per satu pun, anda pasti dah dapat idea, disebalik apa yang saya cuba sampaikan disini.
(1) Kemahiran dan kepakaran yang anda miliki
Biasanya ini merujuk kepada perkara yang hampir setiap hari anda lakukan. Katakanlah, anda adalah seorang mekanik. Jadi setiap hari memang bekerja dengan mesin, autopart dan sebagainya.
Jadi, anda boleh saja mulakan bisnes borong dari China dengan menjual spare part.
(2) Minat yang kita miliki
Apa minat anda? Ataupun hobi anda.
Katakanlah anda suka memancing. Jadi anda pilihlah untuk berniaga borong dalam niche ini.
Benda yang anda minat, pasti ada banyak yang anda tahu.
Kelebihan buat bisnes berdasarkan apa yang kita minat ni ialah, kita tak akan rasa jemu atau bosan dengan bisnes yang kita jalankan.
[klik sini untuk download ebook ini]
(3) Benda yang kita pernah belajar
Sesuatu yang anda pernah belajar dulu, mungkin boleh dikomersialkan.
Tak kiralah sama ada perkara tersebut anda belajar masa di universiti, bengkel, kelas dan sebagainya. Daripada anda biarkan sahaja ilmu tersebut hilang tanpa dipraktikkan, ada baiknya anda cari something atau produk yang berkaitan dan mula menjual.
(4) Berdasarkan kepada permintaan semasa
Pada waktu catatan ni saya buat, produk Fidget Spinner memang tengah popular. Ramai pulak yang nak dapatkan benda ni, tanpa mengira sama ada mereka tu kanak-kanak, remaja mahupun orang dewasa.
Jika anda cepat, dan berada pada masa yang tepat, mungkin bolehlah import produk ni dan jual ketika ia masih lagi hot.
Baiklah, itulah dia yang saya dapat kongsikan disini.
Untuk bacaan lebih lanjut, bacalah ebook Rahsia Taobao ya. Klik sini untuk muat turun.
Leave a Reply