Bagaimana cara nak borong barang dari China dengan mudah dan selamat?

Dari masa ke semasa, kita memang perlu update ilmu dan informasi yang ada pada kita. Tak bolehlah nak cepat sangat puas hati dengan apa yang kita dah tahu.

 

Sebabnya, mungkin ada saja pembaharuan yang berlaku kat sekeliling kita.

 

Salah satunya adalah aktiviti memborong barangan dari China. Satu masa dulu, mungkin opsyen yang kita ada agak terhad.

 

Kalau nak borong barangan dari China, kita ada pilihan sama ada

(1) Pergi sendiri ke China dan beli di sana

(2) Minta bantuan kenalan yang dipercayai yang ingin ke China dan membuat pembelian bagi pihak kita

(3) Buat pembelian menerusi ejen

(4) Buat pembelian menerusi orang tengah atau beli dari orang yang dapatkan barangan terus dari China

 

Dari segi kos, ia mungkin sedikit tinggi. Selain kita perlu tanggung kos barangan, kita juga perlu sediakan belanja untuk lain-lain kos berkaitan.

 

Contohnya seperti bila kita sendiri yang nak ke China untuk borong barang. Disitu, kita kena siap sedia dengan lain-lain kos seperti tiket penerbangan, penginapan, kos pengangkutan, makan dan minum, perubatan, kelengkapan dan sebagainya.

 

Kos ini semua adalah kos hangus kerana perbelanjaan tersebut tak boleh dijual semula.

 

Melainkan kita dapat borong barang yang kita nak, maka dari situ kita dapat cover semula sebarang belanja yang kita keluarkan.

 

Jika kita beli menerusi ejen, kita juga perlu sediakan kos tambahan sebagai upah. Atau beli dari orang tengah, selalunya harga barang tu akan dinaikkan sikit sebagai keuntungan orang tengah tu.

 

Untunglah siapa yang ada laptop dan sambungan internet…

Kenapa saya kata untung? Inilah saya nak bagitahu. Untung sebab anda boleh terus buat tempahan dan borong barang-barang dari China secara online sahaja.

 

Terdapat beberapa laman web yang anda boleh gunakan untuk buat tempahan. Antaranya ialah laman web Taobao.

borong-dari-china

Laman web Taobao disediakan dalam tulisan cina. Untuk memudahkan anda faham, bagaimana nak buat tempahan di laman web ini, saya syorkan anda muat turun sahaja panduan ni. Klik sini sekarang.

 

Untuk alih bahasa laman web taobao sebenarnya bukan susah sangat.

 

Anda buka saja menerusi browser google chrome. Kemudian anda tekan butang translate. Pilih bahasa Inggeris.

 

Fungsi translate ni memang ada disediakan oleh google. Cuma mungkin anda akan dapati bahasa yang digunakan tu masih tetap tak berapa bagus. Mungkin ada beberapa part yang tak begitu clear.

 

Ok itu satu cara. Kalau nak borong barang, boleh guna laman web Taobao.

 

Selain tu, sekarang ni anda juga boleh gunakan laman web Lazada untuk borong barangan dari China.

borong-taobao-malaysia

Klik sini untuk ke store Taobao di Lazada.

 

Bagi mereka yang memang biasa order barang dari Lazada, maka anda tak perlu risau lagi. Ianya memang sangat mudah.

 

Boleh buat perbandingan harga dulu.

 

Kalau rasa harga tak berapa menarik, boleh lah terus beli direct di laman web Taobao.

 

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

Blog at WordPress.com.

Up ↑

%d bloggers like this: