Apa rahsia laman web Taobao sehingga menjadi pilihan pemborong?

Apakah yang membuatkan laman web ecommerce Taobao milik Jack Ma begitu berjaya hingga ke hari ini dan menjadi pilihan para pemborong tak kira sama ada pemborong dari China mahupun dari negara lain?

 

Saya membaca satu artikel dari sebuah laman web berbahasa Inggeris yang menulis tentang laman web Taobao.

 

Dari artikel tersebut, penulis ada cerita tentang apa yang buatkan laman web Taobao begitu berjaya sehingga kejayaannya dikatakan lebih baik berbanding laman web shopping popular di US iaitu Amazon.

 

Jadi dalam posting ini, saya ingin ceritakan apa yang dikongsikan oleh penulis tersebut.

borong-taobao-malaysia

(1) Laman web Taobao ada menjual pelbagai jenis barangan.

Apa dia barang yang dijual di laman web Taobao ni? Ada macam-macam jenis barang. Terlalu banyak, sampaikan kalau nak saya senaraikan satu per satu disini, macam tak berapa logik.

 

Posting ini mungkin akan jadi sangat panjang dengan senaraian yang tidak berpenghujung.

 

(2) Barangan yang dijual di laman web Taobao mempunyai pelbagai pilihan bentuk dan rekaan

Ini kesinambungan dari point yang pertama. Barangan di Taobao bukan sahaja sangat banyak, malahan untuk satu-satu jenis barang, ia didatangkan dengan pelbagai jenis rekaan.

 

Sebagai contoh, kalau anda ingin beli gaun pengantin. Anda boleh lihat ada pelbagai design yang menarik disitu.

 

(3) Laman web taobao mempunyai sistem chat yang mana membolehkan kita untuk melakukan tawar menawar sebelum membayar harga barangan

Saya tahu benda ni agak ramai yang terlepas pandang.

 

Sebenarnya, sistem chat ini memang biasa digunakan oleh pemborong dari China. Memang dah jadi budaya mereka untuk melakukan tawar menawar terlebih dahulu sebelum setuju untuk lakukan transaksi.

 

Even kalau cuma dapat diskaun dalam sen-sen pun dah kira bagus. Sebabnya bila kita beli dalam kuantiti yang besar, hingga ribuan unit, diskaun atau potongan harga yang sen-sen tu la nanti akan nampak besar sebenarnya.

 

(4) Harga yang ditawarkan di Taobao MURAH atau lebih rendah berbanding harga biasa

Bab harga ni, memang tak banyak laman web ecommerce yang boleh lawan dengan apa yang ditawarkan oleh Taobao. Ada penjual di Taobao yang mempunyai kilang sendiri. Jadi, siapa yang boleh lawan harga dari pengilang?

 

(5) Sistem keselamatan yang digunakan oleh Taobao memberi keyakinan pembeli untuk beli barang dari laman web Taobao

Akhir sekali, berkenaan dengan sistem keselamatan. Apabila kita lakukan pembayaran dan pembelian secara online, dah tentu perkara yang penting adalah berkenaan dengan keselamatan.

 

Anda tak perlu risau, sebabnya aspek keselamatan ini memang selalu diberi perhatian oleh pengendali laman web Taobao.

 

Selagi mana anda masih lagi berurusan menggunakan sistem Taobao, selagi itu transaksi anda akan dilindungi.

 

Kita di Malaysia, beruntung sebabnya kita boleh beli barangan Taobao menerusi ejen yang sah. Antaranya ialah laman web ini. Mereka juga boleh bantu anda dapatkan barangan taobao.

 

Sekiranya anda ingin beli terus barang-barang dari laman web Taobao, tanpa melalui ejen, anda boleh rujuk panduan ini.

panduan-borong-dari-china-dengan-selamat

Terima kasih kerana membaca. Semoga tips yang saya muatkan dalam laman web rahsia taobao ini bermanfaat untuk anda.

 

 

 

 

 

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

Blog at WordPress.com.

Up ↑

%d bloggers like this: