Cara mudah beli barang di laman web Taobao menggunakan khidmat Lazada

Jika anda biasa ikuti perkongsian-perkongsian yang telahpun saya muatkan dalam blog saya ini, iaitu blog rahsia taobao, anda pasti telah sedia maklum bahawa kita sememangnya boleh shopping macam-macam barangan yang menarik dengan harga yang begitu murah di laman web Taobao.

 

Laman web taobao ini memang biasanya digunakan oleh para pemborong dari Malaysia dan seluruh dunia untuk dapatkan barangan yang murah dari negara China.

 

Ya, mereka ni semua tak perlu susah payah nak ke China semata-mata nak dapatkan stok produk. Semuanya hanya dihujung jari sahaja.

 

Buat tempahan secara online, dan untuk tujuan penjualan semula, juga boleh dilakukan secara online juga.

 

Baik, itu kalau untuk mereka yang memang nak buat bisnes. Bagaimana pula untuk orang biasa, yang tak berniat nak buat bisnes? Macam mana nak beli barang dari laman web Taobao?

 

Bagi mereka yang memang nak buat bisnes import eksport, saya kira mereka ni tak ada masalah sangat kalau nak kena laburkan sikit duit untuk muat turun ebook rahsia Taobao.

 

Namun, bagi mereka yang cuma nak shopping, sama ada untuk kegunaan sendiri atau cuma untuk suka-suka sahaja, tak kan nak kena beli ebook dulu baru boleh shopping dengan yakin di Taobao kan?

 

Ini penyelesaian untuk anda.

borong-dari-laman-web-taobao

Anggap sahaja masalah anda telah selesai. Ini link khas yang anda boleh gunakan untuk anda beli barang dari laman web Taobao.

 

Ada satu lagi berita baik untuk anda.

 

Anda boleh nikmati servis penghantaran percuma, apabila anda berbelanja sebanyak RM80 dan keatas.

 

Memandangkan kebanyakkan barang yang dijual di Taobao, memang agak rendah harganya, maka dengan nilai sebanyak RM80 tu nanti, pasti banyak juga barangan yang anda boleh beli.

 

Beli barangan Taobao menerusi Lazada Malaysia

Pengalaman membeli barangan dari Taobao apabila berbelanja di Lazada sebenarnya tak banyak beza apabila kita bandingkan dengan pengalaman beli barangan dari luar negara.

 

Sekiranya anda biasa beli barang dari laman web Lazada, anda pasti pernah jumpa, terdapat barangan tertentu yang sebenarnya dari luar negara.

 

Luar negara ni, mungkin merujuk kepada negara China.

 

Barangan yang diimport dari negara luar selalunya akan ambil masa yang lebih panjang untuk sampai ke rumah kita. Selalunya akan ambil masa dalam lingkungan 14 hari bekerja.

 

Jadi, jika anda biasa beli barang di lazada dan pernah beli barang yang didatangkan dari luar negara, pasti pengalaman tersebut sudah tidak asing lagi untuk anda.

 

Satu lagi, dari segi keselamatan, jika anda tak puas hati dengan produk yang dibeli dari Taobao, anda boleh pulangkan sahaja produk tersebut kepada Lazada. Tak perlu susah payah nak hantar semula ke luar negara.

 

Mudah kan?

 

Jadi, jika anda nak beli barang dari Taobao, bolehlah beli menerusi link ini. Link ini akan bawa anda terus ke laman web Lazada Malaysia.

 

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

Blog at WordPress.com.

Up ↑

%d bloggers like this: