Mana lagi baik? Borong di Lazada atau di Taobao?

Sekarang ni, ada banyak barangan dari negara China yang kita boleh perolehi secara online sahaja tanpa perlu rasa risau barang tak sampai, kena tipu dan sebagainya.

 

Asalkan anda membuat pembelian menerusi saluran yang betul, memang agak jarang untuk berlaku kes-kes penipuan.

 

Kalau kes tak puas hati tu, ha… yang tu mungkin kita tak boleh nak elakkan. Kita mungkin tak puas hati dengan servis penghantaran, pembungkusan, adanya kerosakkan dan sebagainya.

 

Dari pengalaman dan pemerhatian saya, sebahagian isu memang ada perlindungan. Contohnya macam beli barang dari Lazada. Jika pembelian kita tu bermasalah, kita boleh berhubung dengan pihak customer support untuk dapatkan keadilan.

 

Baiklah, ini laman web Taobao.com

laman-web-taobao-borong-china

Seperti yang anda boleh lihat, ianya dalam tulisan cina. Siapa yang faham dan boleh baca tulisan cina, sepatutnya tak ada masalah nak borong barang dari sini.

 

Jika tak faham, maka bolehlah belajar macam mana cara nak borong dengan merujuk kepada panduan ini. Laman web yang dimaksudkan adalah laman web Rahsia Taobao.

 

Ada macam-macam pendedahan dan perkongsian yang dimuatkan yang anda boleh rujuk dan pelajari macam mana nak borong barang dari China dengan selamat menggunakan Taobao.

 

Bawah ni pula laman web Lazada Malaysia

borong-dari-laman-web-taobao

Lazada ni bolehlah kita ibaratkan sebagai “penyelamat” buat mereka yang tak berapa konfiden nak lakukan transaksi dengan peniaga yang berada di China sana tu.

 

Sekarang ni, kalau kita nak buat perbandingan, mana satu lebih baik, adakah beli sahaja di Lazada atau terus beli di Taobao?

 

Saya kira sebaik-baiknya, kita buatlah PERBANDINGAN HARGA.

 

Mana satu yang lebih menjimatkan? Mana satu yang menawarkan harga paling menarik?

 

Bila dah tahu, mana satu yang mampu tawarkan harga paling bagus, kita pilihlah yang tu. Ok la. Sekian dulu.

 

Anda boleh download panduan borong dari China disini.

 

 

 

 

 

 

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

Create a free website or blog at WordPress.com.

Up ↑

%d bloggers like this: