Senarai panduan borong barangan dari China

Anda berminat untuk berniaga? Jika anda datang ke laman web saya ni, pastinya anda minat nak jadi usahawan.

 

Lebih spesifik lagi, anda minat nak jadi seorang usahawan yang memborong barangan dari China untuk dijual semula ke pasaran tempatan. Betul tak?

 

Umum telah pun mengetahui, negara China adalah lubuk yang membekalkan barangan murah.

 

Tak salah untuk saya katakan, satu dunia telah mengakui kehebatan dan kemampuan negara China untuk menghasilkan sesuatu barangan dengan harga atau kos yang begitu rendah.

 

Kenal jenama Ikea?

 

Kat rumah saya, ada banyak juga barang-barang yang dibeli dari Ikea. Apa yang saya perasan, kebanyakkan barang-barang Ikea ni ada tag “made in China”.

beli-barangan-china

Walaupun jenama Ikea ni adalah berasal dari Sweden, namun kilang yang menghasilkan barang-barang Ikea ada di China.

 

Sebelum ni, saya juga pernah beli seutas jam tangan jenama Adidas. Saya belek dekat belakang jam tu, juga tertulis “made in China”. Huh! Kilang Adidas yang membuat jam tangan tersebut juga ada di China.

 

Ini menunjukkan, dakwaan yang mengatakan produk dari China tak berkualiti adalah kurang tepat. Sebaliknya kualiti produk itu adalah bergantung kepada berapa harga barangan tersebut.

 

Kalau anda beli murah, tak akan la nak mengharapkan kualiti produk tu seperti barang yang anda beli dengan harga ratusan ringgit. Setuju? Kos bahan mentah juga perlu diambil kira.

 

Berkaitan dengan topik ini.

 

Panduan yang boleh dijadikan rujukan kalau nak mulakan perniagaan import eksport barangan dari China. Sebenarnya saya ada buat senarai panduan memborong dari China yang anda boleh baca di laman web saya yang satu lagi, iaitu http://soaljawab.my

 

Didalam posting tu, saya ada menyenaraikan beberapa panduan yang anda boleh jadikan rujukan. Antaranya…

 

(1) Ebook Rahsia Taobao

rahsia-taobao-borong-dari-china

Ok panduan pertama, sudah tentulah panduan Rahsia Taobao. In fact, keseluruhan isi blog ini adalah tentang ebook ini. Rasanya tak perlu saya nak cerita panjang-panjang pasal ebook ini.

 

Anda boleh baca dan download sendiri ebook Rahsia Taobao ini menerusi pautan ini. Download yang versi percuma dulu.

 

(2) Ebook Geng Borong China

bagus-ke-geng-borong-china

Ini antara panduan terkini tentang aktiviti borong ke China.

 

Sepatutnya saya tak cerita pasal ebook ni dalam blog rahsia taobao ni. Dah macam ada conflict of interest pulak kan. Tapi bila fikir balik, ini semua untuk tambah ilmu borong, buat apa nak sembunyikan ilmu. Betul tak?

 

Jadi saya cerita la juga. Mungkin saya tak akan cerita secara detail pasal ebook ini. Namun, dari apa yang saya nampak, ebook ini pun ada potensi yang sangat baik untuk beri anda pendedahan dan teknik yang tepat untuk jadi usahawan borong yang berjaya.

Anda boleh dapatkan info lanjut disini.

 

Satu perkara yang nampak best dengan ebook Geng Borong China ni ialah mereka ada membongkar juga cara macam mana nak mula memborong walaupun tanpa modal. Daripada hint yang diberikan, nampaknya ebook ni akan cover topik tentang international dropship sekali.

 

Kan menarik tu. Boleh tambah ilmu. Ilmu tu pulak, bila dipraktikkan, boleh buat tambah income pulak.

 

(3) Buku Panduan Memborong dari China

buku-panduan-memborong-di-china

 

Ini adalah versi buku.

 

Buku Panduan Memborong di China ditulis pada tahun 2011. Jadi, kalau kita nak buat penilaian dari segi konten, sudah tentu ada banyak yang berbeza dengan apa yang berlaku sekarang.

 

Memandangkan buku ini pernah top satu ketika dulu, dan pastinya ada beberapa ilmu dalam buku ni yang masih lagi relevan sampai sekarang, saya nyatakan juga disini.

 

Saya tetap beranggapan buku ni cukup baik bagi mereka yang nak pergi sendiri ke China dan beli barangan buatan China disana.

 

Harganya pun tak mahal dan kalau anda minat nak buat tempahan secara online, boleh dapatkan dari laman web Bookcafe Online ini.

 

(4) Buku Borong Dari China: Ingat Senang ke?

borong-di-china-ingat-senang-ke

Buku bertajuk Borong di China Ingat senang ke? ni pun seronok juga untuk dibaca.

 

Cetakkan pertama oleh Alaf21 bagi buku ni adalah pada tahun 2015. Ya, dari segi info mungkin ada sedikit ketinggalan. Namun, buku ni seronok dibaca.

 

Ada warna-warna dan ada juga maklumat penting dalam buku ni. Contohnya macam lokasi penjual yang berbeza untuk borong barangan yang berbeza.

 

Dengan membaca buku ni, anda boleh tahu, kat mana nak pergi kalau anda nak borong seluar jeans, jam tangan, tali pinggang, wallet, perabot dan sebagainya.

 

Kalau anda nak dapatkan buku ni dengan cara yang senang, boleh dapatkan dari laman web ini.

 

(5) Ebook Perabot Murah China

perabot-murah-china

Bercakap pasal nak borong perabot dari China, ini dia sebenarnya panduan yang spesifik dan berfokus yang membincangkan tentang borong perabot dari China.

 

Panduan ni hanya boleh diperolehi dari laman web ini sahaja.

 

Jangan tertipu lagi dengan perabot-perabot yang nampak hebat yang dijual dengan harga yang mahal di kedai-kedai perabot. Kerana realitinya, ramai yang jual perabot dari China yang rupa-rupanya harga tidak semahal yang disangka.

 

Cuba bayangkan, kalau anda dapat beli terus dari China!

 

Tentu hebat betul rumah anda jadinya dengan set perabot yang memukau. Ok… itu kalau nak guna sendiri. Sekarang ni, kita tengah cerita untuk jadi usahawan kan.

 

Jadi, kalau fokus anda nak jadi usahawan perabot, kena tengok laman web ini.

 

Setakat ini, itulah dia panduan memborong barangan dari China yang saya tahu. Mungkin kalau ada lagi, saya akan update lagi kat sini.

 

Semoga anda berjaya dan jadi usahawan borong yang berjaya juga!

 

 

 

 

 

 

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Create a free website or blog at WordPress.com.

Up ↑

%d bloggers like this: