Biar betul! Tak ada modal pun boleh mula bisnes borong dari China ke? Ini dia caranya…

Nak buat bisnes borong dari China walaupun tak ada modal. Adakah ini mustahil untuk dilakukan?

 

Saya sedang meniliti modul latihan yang disediakan oleh Geng Borong China. Mereka ni agak “crazy” sikit bila mereka mengatakan yang tanpa modal pun masih boleh bisnes borong dari China.

 

Mereka ni punyalah semangat nak bagi orang lain sama-sama boleh buat duit dengan menjalankan bisnes borong dari China… sampaikan mereka yang tak ada modal atau kekurangan modal pun sebenarnya boleh join mereka buat bisnes ni.

 

TETAPI… pada pandangan saya la kan, nak buat bisnes ni tanpa modal memang boleh buat, tetapi anda akan meletakkan diri anda dalam kedudukan yang kurang selesa.

 

Sebelum saya nak cerita, kat bahagian mana yang kurang selesanya, saya nak ceritakan terlebih dahulu, bagaimana konsep bisnes borong tanpa modal yang dimaksudkan oleh Geng Borong China ni.

 

Konsep >> Ambil Pre-Order dari bakal pelanggan dan setelah dapat bayaran dari pelanggan baru buat tempahan dari Supplier.

rahsia-taobao-membantu-borong-dari-china

Bagaimana cara ianya dilakukan. Saya rujuk di laman web utama Geng Borong China ini ya.

Langkah 1.
Berniaga menggunakan konsep PRE-ORDER. Maksudnya anda dapatkan TEMPAHAN daripada pelanggan terlebih dahulu.

 

Langkah 2.
Selepas dapat tempahan daripada pelanggan, anda terus masuk ke web yang kami sarankan, dan buat tempahan produk yang pelanggan minta.

 

Langkah 3.
Barang tempahan anda sampai dalam masa 5 – 7 hari, kemudian anda pos kepada pelanggan. Ini cara berniaga paling mudah TANPA MODAL SENDIRI.

====

Sebenarnya cara ini lebih kurang sama je dengan teknik bisnes jenis dropship.

 

Cuma terdapat sedikit perbezaan, yang mana kalau dalam konsep dropship, pihak pembekal akan buat penghantaran barang tersebut terus kepada pelanggan.

 

Tetapi kalau kita ikut style Geng Borong China, pembekal perlu hantar barang kepada kita dulu, kemudian bila kita dah dapat barang, barulah hantar barang tu kepada pelanggan yang buat tempahan.

 

Apa masalahnya?

Dari proses berikut, iaitu

  1. Anda buat iklan untuk buka tawaran Pre-Order
  2. Pelanggan buat bayaran
  3. Anda buat tempahan dari supplier
  4. Supplier hantar barang kepada anda
  5. Anda buat product inspection seterusnya pos pula kepada pelanggan
  6. Pelanggan terima barang

 

Dalam salah satu daripada step yang terlibat kat atas tu, ada banyak kemungkinan masalah akan timbul.

 

Masalah tersebut, mungkin anda tidak jangka dan ia mungkin melibatkan kos untuk memperbetulkan masalah tersebut.

 

Kita ni tak bolehlah selalu menjangkakan dan mengharapkan urusan bisnes kita ni akan berjalan lancar setiap masa. Ada ketikanya kita diuji juga dengan ujian-ujian seperti barang pecah, barang tak sampai, barang tak sama dengan yang dimahukan oleh pelanggan dan sebagainya.

 

Walaupun anda tak semestinya akan alami masalah ini, namun tak salah untuk anda bersiap sedia untuk menghadapi kemungkinan, bahawa something might go wrong.

 

Itu sebabnya manusia secara umumnya perlu ada perlindungan insurans. Mereka yang beli insurans, bukannya merancang untuk ditimpa kecelakaan, sebaliknya mereka bersiap sedia untuk hadapi sebarang kemungkinan, tak kiralah sama ada mereka akan bernasib baik selalu atau akan ditimpa musibah tanpa mereka tahu.

 

Jadi, dalam hal ini, saya berpandangan jika anda buat bisnes borong tanpa modal langsung, anda meletakkan diri anda dalam satu posisi yang bahaya.

 

Setidak-tidaknya, anda perlu ada modal untuk tujuan bersiap sedia, jika ada sesuatu yang tak diingin dari berlaku.

 

Dari pengalaman saya buat bisnes dropship sebelum ini, saya lebih tenang apabila saya tahu, yang saya memang ada modal berbanding apabila saya buat dropship tanpa ada modal langsung dalam tangan.

 

Sebab bila ada modal ni, walaupun tak banyak mana, saya tahu if anything go wrong, setidak-tidaknya saya boleh offer refund kepada bakal pembeli.

 

Situasi kita di Malaysia ni, mungkin masih belum sesuai untuk buat bisnes cara ini. Dalam kebanyakkan pelanggan yang saya pernah dapat sebelum ni, memang agak kurang nak dapat pelanggan yang boleh bersabar, kalau barang kena tunggu sekurang-kurangnya 14 hari baru sampai ke tangan.

 

Tapi, kalau market luar, misalnya anda nak jual menggunakan platform ebay, saya kira pelanggan disitu lebih terbuka dan tak kisah dengan masa shipping yang lama.

 

Maka dalam hal ini, selain anda perlu tahu, macam mana nak dapatkan penjual yang boleh dipercayai dan mampu memberi harga yang begitu rendah, at the same time, anda juga perlu tahu, kat mana nak jual semula barangan yang anda bakal borong dari China.

 

Walaupun begitu, ini semua boleh dipelajari.

bagus-ke-geng-borong-china

Tak perlu nak duk kalut sangat. Sementara masih ada orang yang nak ajar benda-benda ni semua, dan anda boleh belajar disini sementara tawaran ini masih ada… maka saya kira adalah baik jika anda melabur untuk dapatkan ilmu dulu, sebelum anda terus terjun dalam dunia borong.

 

Saya rasa lebih baik rugi sebab belajar dan tuntut ilmu, daripada rugi ribu-ribu (atau ratus-ratus ringgit) sebab pergi borong barang yang tak boleh jual dari negara China.

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

Create a free website or blog at WordPress.com.

Up ↑

%d bloggers like this: