Ebook Rahsia Taobao masih lagi lebih murah berbanding buat SILAP dalam bisnes borong dari China

Suka atau pun tidak, inilah hakikatnya. Kesilapan itu boleh berlaku dalam menjalankan perniagaan.

 

Bagi mereka yang memang dah berpengalaman, ataupun mereka yang bekerjasama dengan seseorang yang telah berpengalaman, mungkin kebarangkalian untuk berlaku kesilapan itu lebih rendah berbanding mereka yang belum ada pengalaman langsung.

 

Mendengar dan membaca kisah-kisah kejayaan individu yang berjaya membawa masuk barangan dari China untuk dijual semula dipasaran tempatan, memang seronok.

 

Apa tak nya, rata-rata bersetuju bahawa kadar untung adalah lebih kurang 30% – 50%. Kalau barang yang kita nak jual tu memang dalam kategori yang “rare” atau unik dan tak ada lagi orang yang jual di negara kita, lagi banyak kita boleh mark up harga barang tu.

 

Ingat lagi Fidget Spinner?

borong-fidget-spinner

Pada awal-awal dulu Fidget Spinner ini mula diperkenalkan di negara kita, harganya memang agak mahal. Sesetengahnya ada yang sampai tak masuk akal. Serius mahal!

 

Tapi sekarang ni? Harganya dah jatuh. Boleh lihat senarai harga fidget spinner kat sini.

 

Apabila dah ramai usahawan borong yang bawa masuk barang ini dari China, dan berlaku lambakan produk ini di pasaran, harganya mula jatuh.

 

Dah boleh dapat dengan harga belas-belas ringgit sahaja. Tak mustahil, satu masa nanti, bawah RM10 pun dah boleh dapat.

 

Kini timbul persoalan, apa jadi dengan usahawan borong yang baru nak bawa masuk barang ni dari China setelah harga pasaran untuk produk ni dah jatuh?

 

Ataupun kalau tak jatuh sekalipun, harga di pasaran untuk produk ini tidak semahal satu masa dulu.

 

Kiranya, siapa yang awal bawa masuk produk yang rare seperti ini, dan bijak menghidu peluang, maka dia dah untung dulu.

 

Contohnya begini.

 

Harga kos fidget spinner mungkin dalam RM4 sahaja. Tetapi sebab benda ni baru dan tak pernah lagi dijual di negara kita, penjual boleh letak harga sampai RM30. Jadi kat situ, untung kasar adalah sebanyak RM26.

 

Pada hari ini, barang yang sama, dijual dengan harga RM15 misalnya. Ya, masih lagi ada untung sebanyak RM11 untuk satu unit fidget spinner yang terjual. Tetapi tidak sebanyak dulu.

 

Ini tak menjadi masalah, sebabnya sebelum harga jatuh, mereka ni dah untung banyak dan sekarang ni bukannya mereka tak buat untung, cuma untung dah berkurang jika nak bandingkan dengan dulu.

 

Walaupun terpaksa buang harga sebab nak clear stock, namun itu bukan satu isu besar sebab sebelum ni memang dah kaut untung.

 

Saya harap penjelasan yang saya berikan ni tidak terlalu complicated untuk anda. Saya telah cuba sebaik mungkin untuk berikan penjelasan paling simple.

 

Dalam ebook Rahsia Taobao ini, anda akan dapat ikuti satu modul yang mana anda akan pelajari apa dia produk yang anda patut elakkan untuk borong dari China.

rahsia-taobao-cara-elak-kena-tipu

Apabila anda terjumpa produk seperti yang disenaraikan ini, anda perlu lebih berhati-hati.

 

Berhati-hati kat sini bukanlah bermaksud ianya langsung tak boleh dijual, namun ia mungkin akan buat anda sakit kepala jika berlaku sebarang masalah dikemudian hari.

 

Sama ada produk yang sampai itu tak sama mengikut spesifikasi atau gambar yang ditunjukkan dalam website. Ataupun produk ada sedikit kecacatan, ada masalah dari segi kualiti dan sebagainya.

 

Apa yang saya nak sampaikan ni ialah, benda-benda seperti inilah yang akan buatkan kita alami kerugian, dan kerugian tersebut boleh mencecah ratusan ringgit malahan sehingga ribuan ringgit jika anda borong dalam kuantiti yang besar.

borong-dari-china

Perkongsian ini bukanlah berniat untuk menakut-nakutkan pembaca. Cuma pada waktu ini, saya ingin tegaskan bahawa perniagaan itu bukanlah sesuatu yang main-main.

 

Business is serious.

 

Jika berlaku sebarang masalah, ada produk yang tak boleh jual, ada kerugian… kita akan kehilangan duit betul.

 

Ini tak sama macam kita main game Saidina, Monopoly ataupun Jutaria.

saidina-game-monopoly-board-business-game

Walaupun bisnes borong barangan dari China ini, kita boleh buat 100% secara online, iaitu kita order barang secara online menerusi laman web Taobao, kita buat pembayaran secara online banking dan jual balik barang-barang tu semua pun secara online, namun anda perlu ingat kerugian dalam bisnes ni adalah sesuatu yang REAL.

 

Kalau dalam permainan Saidina, kalau anda rugi, anda hanya rugi duit-duit kertas yang hanya ada nilai dalam permainan tersebut sahaja.

 

Sebaliknya, jika dalam bisnes borong ini, walaupun anda mungkin tak pegang duit anda secara tunai (seperti duit kertas Saidina) namun kerugian yang berlaku jika anda buat silap adalah sesuatu yang real.

 

Jadi, bukankah lebih baik anda belanjakan sedikit wang untuk belajar dulu dengan betul macam mana nak buat bisnes ni dari orang yang dah berjaya buat duit daripada terus nak cuba-cuba.

 

Kalau nak belajar buat bisnes ni, boleh muat turun panduan borong dari China ini. Sila klik sini.

panduan-borong-dari-china-dengan-selamat

Sekiranya anda merasakan, panduan ni masih belum cukup dan anda mahukan sesuatu yang lebih lagi, boleh baca posting saya sebelum ini.

Klik untuk baca: Senarai panduan borong barangan dari China

 

Kat posting tu saya telah senaraikan macam-macam panduan yang anda boleh jadikan rujukan untuk berjaya dalam bisnes ni.

 

Akhir kata, saya berpendapat, lebih baik rugi untuk belajar cara untuk buat bisnes borong dari China dengan mendapatkan Ebook Rahsia Taobao, berbanding rugi beribu-ribu ringgit sebab borong barangan yang TAK BOLEH JUAL dan TAK LAKU dipasaran negara kita.

 

Anda pilih yang mana?

 

Kenapa saya guna istilah “lebih baik rugi sebab beli ebook Rahsia Taobao”?

Dari pengalaman saya, ada juga pembeli ebook ini yang beli sahaja tapi tak buat sebarang tindakan. Mungkin mereka rasakan, selepas mereka tahu selok belok perniagaan borong ini, mereka dapati bisnes ni bukan untuk mereka.

 

Dalam keadaan ini, kerugian yang dialami setakat harga ebook ini sahaja. Cuba bandingkan dengan mereka yang terus terjun dalam bisnes ni dan borong sampai ribu-ribu ringgit. Kemudian separuh jalan, mereka dah hilang minat dengan bisnes ni, atas sebab-sebab tertentu. Mungkin waktu tu mereka dapat peluang yang lebih baik.

 

Bukankah dalam keadaan diatas, mereka yang terus borong sampai ribu-ribu ringgit tu rugi lebih besar daripada mereka yang bermula dengan beli Ebook Rahsia Taobao ni sahaja.

 

Fikirkanlah.

 

 

 

 

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

Blog at WordPress.com.

Up ↑

%d bloggers like this: