Barang apa nak borong dari China dan jual di pasaran tempatan?

Kalau kita buka laman web Taobao, kita akan dapat lihat disitu ada terlalu banyak barang yang disenaraikan.

 

Pelbagai barang diniagakan di laman web Taobao.

 

Umpamanya kita buka laman web Lazada. Kan kat situ pun ada macam-macam produk yang diniagakan.

 

Sampai satu masa, kadang-kadang saya pun rasa pelik… kenapalah orang tak beli je terus dari laman web Taobao?

laman-web-taobao-borong-china

Mungkin sebab mereka tak tau macam mana nak buat pembelian dari laman web Taobao kot. Almaklumlah, laman web ni kan ditulis dalam bahasa cina. Tulisan pun tulisan cina.

 

Saya rasalah kan, kalaulah mereka belajar macam mana nak buat tempahan menerusi laman web ini, mesti lepas ni mereka akan beli je terus dari China.

 

Ya, walaupun barang yang dibeli tu adalah untuk kegunaan sendiri dan dalam kuantiti yang sedikit.

 

Namun begitu, saya berpandangan, benda ni agak sukar untuk berlaku. Tahukah anda, apabila kita beli barang dari China atau luar negara, selalunya ia akan makan masa lebih kurang 14 – 21 hari untuk barang tersebut sampai ke tangan kita.

 

Buat waktu catatan ni saya tulis, paling cepat pun adalah sekitar 5 – 7 hari. Sumber maklumat dari Geng Borong China.

 

Sanggup ke nak tunggu lama macam tu? Dalam hal ini, saya agak skeptikal. Sebabnya dari pengalaman saya, menguruskan tempahan bagi pelanggan dari negara kita ni, kebanyakkannya kurang sabar.

 

Kalau boleh, pagi ni buat tempahan, petang nanti nak barang tu. Kalau kena tunggu sampai 3 hari bekerja, maka setiap harilah dia akan buat follow up.

 

Jadi, sebagai online seller, kenalah banyakkan bersabar dan jawab dengan baik, apa sebab barang yang pelanggan order masih tak sampai-sampai walaupun kelihatannya dah agak lama menunggu.

 

Apa produk dari China yang bagus untuk dijual semula di pasaran tempatan? Adat orang yang berniaga, kalau boleh kita memang mahukan untung sepanjang masa.

 

Borong produk A, bila jual balik, semua tu mesti habis dijual. Kalau boleh tak nak ada yang tak habis jual.

 

Tetapi, tahukah anda, bagaimana kita nak tahu sama ada sesuatu produk itu bagus atau tidak untuk kita borong dan jual semula?

 

Dan dari sumber mana kita boleh jadikan rujukan untuk import barang apa dari China bagi dijual semula di pasaran tempatan?

 

Untuk mencari idea, saya suka lihat apa yang dijual dilaman web ecommerce lain yang terdapat di negara kita. Selalunya saya akan rujuk laman-laman web yang popular, sebagai contoh Lazada Malaysia, Lelong dan sebagainya.

 

Laman web seperti ini biasanya mempunyai kategori yang dinamakan sebagai kategori Best Seller. Kat situ akan disenaraikan barang-barang yang memang mendapat permintaan yang tinggi dan merekodkan jumlah jualan yang banyak.

 

Saya nak tunjukkan contoh dari laman web Lelong Malaysia.

borong-barang-dari-china

Saya suka bawa contoh laman web lelong ni sebab dekat sini turut dinyatakan, berapa banyak yang terjual.

 

Lihat contoh produk PREMIUM QUALITY Ultra Slim – UltraSlim Slimming Corset. Ada lebih seribu unit telah berjaya dijual.

 

Jadi dari sini pun kita boleh dapat gambaran, apa barang yang kita patut borong dari China untuk dijual semula.

 

Inilah salah satu cara yang boleh kita gunakan bagi mengetahui apa produk yang ada permintaan. Anda ada cara lain?

 

Jika nak belajar teknik lain, saya sarankan anda belajar dari ebook Rahsia Taobao ni la ya. Klik sini untuk muat turun ebook ini.

 

 

 

 

 

 

 

 

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Create a free website or blog at WordPress.com.

Up ↑

%d bloggers like this: