Guna Whatsapp untuk bantu lancarkan bisnes barangan borong dari China

Sesetengah bakal pelanggan yang berurusan dengan kita, mereka ni tak akan segera buat keputusan pembelian pada kali pertama mereka lihat iklan kita.

 

Lebih-lebih lagi apabila kita jual barang dari China.

 

Dengan harganya yang begitu rendah, sudah tentu ia akan mengundang pelbagai pertanyaan.

 

Apa soalan yang paling kerap ditanyakan oleh bakal pelanggan? Saya bagi antara contoh soalan yang biasanya akan ditanyakan…

(1) Barang ni ori ke?

(2) Kalau barang ada masalah ada waranti ke tak?

(3) Harga boleh kurangkan sikit ke?

(4) Kalau pos ke Sabah/ Sarawak boleh tak? Berapa hari sampai?

(5) Saya belum ada duit, kalau nak mintak tolong simpankan dulu boleh tak?

 

Persoalannya, apa yang bakal anda jawab kepada soalan-soalan tu?

cara-buat-sale-dengan-whatsapp

Cara anda menjawab setiap soalan yang ditanyakan oleh bakal pelanggan tu, akan menentukan sama ada anda akan dapat hasilkan jualan atau sebaliknya.

 

Kalau layanan anda baik, In Shaa Allah, anda akan berjaya dapat jualan. Namun, jika layanan anda adalah sebaliknya… memang agak sukar untuk dapat jualan.

 

Sebab tu, anda kena belajar juga apa dia teknik yang boleh digunakan untuk dapatkan jualan menerusi whatsapp. Sesetengah usahawan, beranggapan belajar teknik-teknik seperti ini hanya membuang masa sahaja.

 

Ianya seperti common sense dan tak perlulah sampai nak belajar.

 

Mungkin ada benarnya. Bagi usahawan yang memang dah berpengalaman, mungkin akan merasakan teknik komunikasi ini hanya membuang masa.

 

Tetapi, saya tabik dengan mereka yang tak ego dan sanggup belajar dan terus tambah ilmu. Individu seperti ini selalunya pasti akan nampak, ada benda baru yang boleh dipelajari dan seterusnya akan berjaya tambahkan jualan.

teknik-close-deal-pantas-dengan-whatsapp

Di dalam ebook ini, saya berikan 3 teknik untuk membolehkan anda membuat jualan dengan pantas menerusi whatsapp! Ada 6 proses yang perlu anda tahu dan lakukan untuk membuatkan prospek tersebut membeli dari anda.

 

Selain itu, saya juga kongsikan tentang 4 jenis prospek yang akan menghantar mesej menerusi whatsapp kepada anda serta bagaimana untuk melayan mereka. Kita hanya perlu layan yang betul-betul berminat sahaja agar masa kita tidak terbuang begitu sahaja!

 

Nigel Ong, Penulis Ebook Fanpage Superstar & Teknik Close Sale Pantas Dengan Whatsapp

 

Jika anda ingin tingkatkan lagi ilmu buat jualan menggunakan whatsapp, bolehlah belajar dari panduan ini.

 

Penulis ebook ini, adalah orang yang sama yang tulis ebook Rahsia Taobao. Boleh klik sini kalau anda minat nak belajar macam mana nak borong secara online menerusi portal Taobao.

 

 

 

 

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Create a free website or blog at WordPress.com.

Up ↑

%d bloggers like this: