Mudahnya borong barang dari China melalui laman web S!

Masih ada lagi ke, yang merancang nak borong barangan dari China tapi sampai sekarang ni takut nak mulakan sebab risau kena tipu!

 

Rasanya macam dah agak lama juga saya tak jenguk blog ni. Sekarang bizi dengan projek lain. Sampaikan nak kongsikan serba sedikit pengetahuan dan informasi tentang aktiviti borong dari China pun tak sempat.

 

Dulu saya pernah kongsi dalam blog ini, mengenai cara paling mudah untuk borong barangan dari China adalah menerusi laman web Lazada.

Sila baca: Cara mudah beli barang di laman web Taobao menggunakan khidmat Lazada

 

Kalau beli melalui Lazada, anda juga akan beli barangan yang asalnya dijual di laman web Taobao. Sebab tu, siapa yang nak dapatkan harga yang lebih murah, lebih baik terus beli di Taobao.

panduan-borong-dari-china-dengan-selamat

Cuma mungkin yang tak berapa bestnya ialah, laman web Taobao tu dalam bahasa alien. Bukan semua orang boleh faham tulisan cina kan.

 

Melainkan kalau anda dah pernah muat turun panduan borong dari China ini, saya percaya anda tak akan ada masalah untuk borong terus dari China melalui Taobao. Sekarang ini, apa yang saya nak kongsikan ialah satu lagi laman web di Malaysia yang anda boleh gunakan untuk beli barangan China.

 

Terpulanglah pada anda, sama ada nak beli dalam kuantiti yang sedikit, ataupun nak borong dan beli terus banyak.

 

Laman web yang saya maksudkan adalah laman web Shopee Malaysia.

borong-barangan-china-secara-online

Menerusi laman web Shopee ini, anda boleh pilih sama ada nak jadi pembeli ataupun nak jadi penjual disini. Kalau anda nak buat duit dengan Shopee dengan cara menjadi penjual, ada beberapa perkara yang anda perlu ketahui sebelum menggunakan servis Shopee.

 

Itu mungkin saya akan kongsikan dilain masa.

 

Jika anda nak berurusniaga di Shopee, sila perhatikan dulu siapa penjualnya. Ada penjual yang datang dari Malaysia, dan ada juga penjual dari luar negara. Penjual luar negara tu, mungkin adalah dari China.

 

Salah satu cara untuk tahu, sama ada dia ni pemborong dari China atau bukan, cuba lihat stok produk yang ada dalam tangan mereka. Sesetengah peniaga di Shopee itu, mereka ada yang simpan sampai berpuluh ribu produk dalam satu masa.

 

Masa nak beli tu, anda juga boleh cuba chat dengan mereka. Masa tu, anda boleh request sama ada nak minta diskaun, nak balut dalam kotak khas dan banyak lagi. Sudah tentu, ia bergantung juga kepada penjual itu, sama ada mereka boleh penuhi permintaan anda atau sebaliknya.

 

Alright guys, lepas ni kalau nak beli barang China secara online, anda ada satu lagi opsyen iaitu terus beli di laman web Shopee.

 

Bila dah biasa dengan selok belok Shopee, dah biasa beli barang kat situ, anda juga boleh pertimbangkan untuk jual barang melalui shopee. Rujukan untuk jadi seller shopee, anda boleh muat turun kat sini.

 

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

Blog at WordPress.com.

Up ↑

%d bloggers like this: