Bagaimana cara nak borong barang dari China dengan mudah dan selamat?

Dari masa ke semasa, kita memang perlu update ilmu dan informasi yang ada pada kita. Tak bolehlah nak cepat sangat puas hati dengan apa yang kita dah tahu.

 

Sebabnya, mungkin ada saja pembaharuan yang berlaku kat sekeliling kita.

 

Salah satunya adalah aktiviti memborong barangan dari China. Satu masa dulu, mungkin opsyen yang kita ada agak terhad.

 

Kalau nak borong barangan dari China, kita ada pilihan sama ada

(1) Pergi sendiri ke China dan beli di sana

(2) Minta bantuan kenalan yang dipercayai yang ingin ke China dan membuat pembelian bagi pihak kita

(3) Buat pembelian menerusi ejen

(4) Buat pembelian menerusi orang tengah atau beli dari orang yang dapatkan barangan terus dari China

 

Dari segi kos, ia mungkin sedikit tinggi. Selain kita perlu tanggung kos barangan, kita juga perlu sediakan belanja untuk lain-lain kos berkaitan.

Continue reading “Bagaimana cara nak borong barang dari China dengan mudah dan selamat?”

Dapatkan pelbagai barangan Taobao Collection secara selamat tanpa perlu faham tulisan cina

Seperti biasa, kalau tak ada sebarang urusan yang mendesak, saya akan buka laman web ini.

 

Ada beberapa sebab kenapa saya suka buka laman web tersebut.

 

Pertama, saya nak cari barang murah.

Kedua, saya nak dapatkan idea, apa dia produk yang sesuai untuk dijual sekarang ni.

Ketiga, sebab saya nak lihat apa dia produk dari China yang boleh diborong dari laman web tersebut.

 

Sebenarnya, kalau anda juga seperti saya, biasa buka laman web Lazada, anda pasti akan dapati setiap hari mesti akan ada sesuatu yang baru di laman web tersebut.

 

Sama ada promosi yang baru, kempen yang baru mahupun jenama yang baru. Macam baru sebentar tadi saya nampak ada benda baru di Lazada.

Continue reading “Dapatkan pelbagai barangan Taobao Collection secara selamat tanpa perlu faham tulisan cina”

Tips memulakan bisnes borong dari China (1) – Pilih Niche yang betul

Saya rasa, bermula hari ni saya nak mula menulis artikel jenis bersiri. Semoga saya diberi kekuatan untuk terus konsisten menulis dalam blog ini.

 

Jadi untuk siri artikel yang pertama, saya ingat saya nak cover topik mengenai Tips memulakan bisnes borong dari China.

 

Artikel dalam siri ini, saya akan letakkan nombor bagi memudahkan para pembaca untuk nampak bahawa bagi artikel seperti ini, ia sebenarnya ada siri-sirinya yang tersendiri.

 

Sudah tentu, kalau nak bandingkan dengan tips yang saya berikan disini dengan tips yang disediakan oleh Nigel Ong, kualitinya jauh beza. Kalau nak yang lebih lengkap dan lebih kualiti, muat turunlah panduan ini ya.

 

Dalam tips yang pertama ini, saya akan bermula dengan tips Pilih Niche Yang Betul.

 

Siapa yang boleh kata dan sahkan sama ada niche yang kita pilih tu sama ada ianya betul atau tidak?

Continue reading “Tips memulakan bisnes borong dari China (1) – Pilih Niche yang betul”

Ebook Panduan cara borong dari laman web 1688

Satu lagi laman web yang menjadi perhatian para pemborong, selain daripada laman web Taobao, ialah laman web 1688.

 

Saya rasa, mungkin tak salah rasanya kalau saya katakan yang buat masa ni masih belum ramai yang menjadikan laman web 1688 tu sebagai laman web untuk dapatkan sumber atau stok barangan.

 

Menurut Nigel Ong, yang juga merupakan penulis ebook Rahsia Taobao, laman web 1688 ni sebenarnya adalah laman web yang dibangunkan khusus untuk memudahkan para pemborong dari China mendapatkan barangan untuk diniagakan.

 

Target market bagi laman web 1688 ni sebenarnya adalah untuk para pengeluar produk dari China berhubung dan melakukan transaksi dengan para pemborong dari China.

 

Namun, asalkan transaksi dilakukan secara online, kita yang tidak berada di China dan bukan pemborong dari China juga masih ada peluang untuk dapatkan stok barang dari sumber laman web 1688 tu.

Continue reading “Ebook Panduan cara borong dari laman web 1688”

Tempat borong barang di china

Walaupun saya banyak bercerita tentang borong barangan dari China dalam blog ini, namun ia bukanlah bermakna saya tahu semua perkara tentang memborong di China.

 

Apa yang saya kongsikan dalam blog ini, kebanyakkannya adalah dari pembacaan pelbagai sumber.

 

Ada yang saya baca dari buku, ada juga dari ebook dan ada juga yang saya belajar menerusi pembacaan laman-laman web berbahasa Inggeris.

 

Senang cerita, saya ni memang banyak membaca.

 

Saya juga adalah manusia biasa. Apa yang saya baca, kadang-kadang saya akan lupa. Jadi, bagi memastikan saya tak lupa, atau sekurang-kurangnya boleh ingat lama sikit tentang sesuatu perkara, maka saya akan catatkan nota di mana-mana.

 

Blog ini adalah ibarat nota pembelajaran saya.

 

Uniknya nota ini, anda juga boleh belajar dan baca nota yang saya hasilkan.

 

Ok la… berbalik kepada topi asal. “Kat mana tempat borong barang di China?”

Continue reading “Tempat borong barang di china”

Feedback dan testimoni dari pembeli ebook Rahsia Taobao 2017

Kali ni saya cuma nak kongsikan 3 testimoni yang saya ambil dari laman web RASMI Rahsia Taobao. Anda juga boleh baca testimoni yang sama dari laman web ini.

 

Kalau nak tau, sama ada sesuatu ebook tu bagus atau tidak, kita lihat kepada testimoni pembeli terdahulu.

 

Memang betul, kita tak boleh nak percaya seratus peratus pada testimoni, sebabnya zaman sekarang ni, memang ada yang mereka-reka testimoni semata-mata nak jadikan produk dia laku.

 

Sebenarnya testimoni tu palsu sahaja. Dah la palsu, guna apps pulak tu untuk buat. Ok, lazimnya, untuk testimoni yang palsu ni, kita boleh nampak tahap membodek dia sangat tinggi.

 

Baiklah, tentang testimoni palsu tu mungkin saya akan ulas di lain masa. Hari ini, saya just nak cerita mengenai testimoni pembaca ebook Rahsia Taobao 2017.

Continue reading “Feedback dan testimoni dari pembeli ebook Rahsia Taobao 2017”

Setelah saya borong barang dari China, apa patut saya buat?

Kadang-kadang, ada antara kita yang begitu bersemangat terutama sekali apabila nak borong barangan dari China.

 

Semua produk dan barangan yang tersenarai di laman web taobao.com nampak ada potensi untuk dijual, dan kalau boleh semua nak diborong dan jual di pasaran tempatan.

 

Kali pertama saya borong barang dari China, saya beli jam tangan dalam kuantiti 24 unit. Pembelian yang saya lakukan adalah secara online sahaja dan ianya tidaklah begitu sukar.

 

Jika anda tak ada pengalaman beli barang dari China secara borong, anda boleh rujuk panduan ini bagi memudahkan lagi urusan tempahan anda nanti.

 

Bila dah ada panduan dalam tangan, akan lebih mudah dan lebih yakin untuk beli macam-macam produk.

 

Jam yang saya beli dulu, masa pertama kali borong dari China, saya rasa dah tak ada yang jual dah. Sekarang dah ada model baru, seperti dibawah ini.

Continue reading “Setelah saya borong barang dari China, apa patut saya buat?”

Buku panduan menjalankan bisnes di negara China untuk orang Amerika

Jika anda berminat untuk menambahkan lagi pengetahuan dan ilmu tentang borong dari negara China, mungkin salah satu buku yang anda boleh baca (jika ada masa) ialah buku berjudul An American Guide to Doing Business in China.

 

Buku ni saya jumpa secara tak sengaja semasa saya sedang mencari buku yang menarik untuk saya pinjam dari perpustakaan negara.

Continue reading “Buku panduan menjalankan bisnes di negara China untuk orang Amerika”

Create a free website or blog at WordPress.com.

Up ↑