Layan customer melalui whatsapp masih relevan ke?

Orang yang buat bisnes secara dalam talian, biasanya mereka akan menggunakan segala medium pemasaran yang boleh dicapai.

 

Kalau ada akaun Facebook, dia akan guna facebook. Maka dia akan cuba sampaikan mesej jualan dan memperkenalkan barangan yang hendak dijual sama ada menggunakan fungsi FB Group, Fanpage mahupun personal page.

 

Bila semua tempat yang boleh dicapai melalui facebook telah digunakan, dia akan beralih pula kepada lain-lain chanel yang ada, misalnya guna guna twitter untuk beritahu follower tentang stok baru, guna instagram untuk kongsi tentang produk terkini dan sebagainya.

 

Bagi yang lebih advance, akan gunakan khidmat laman web iklan percuma, guna mudah.my untuk iklankan produk dan juga akan iklankan barangan yang dijual menggunakan khidmat artikel advertorial dari blogger.

 

Dari apa yang biasa saya perhatikan, kebanyakkan online seller yang masih lagi bergantung kepada media sosial untuk dapatkan jualan, mereka menggunakan proses flow yang lebih kurang sama.

 

Lazimnya begini.

 

Laman web media sosial digunakan untuk menyebarkan iklan seberapa banyak yang boleh. Lagi banyak iklan yang tersebar lagi bagus.

layan-customer-guna-whatsapp

Kemudian bakal pelanggan yang nampak iklan tersebut dan kalau dia minat nak beli dengan produk yang anda jual, pelanggan ini perlu beri respons dengan cara menghubungi pemilik perniagaan itu melalui whatsapp.

Continue reading “Layan customer melalui whatsapp masih relevan ke?”

Promosi 1111 dan 1212 untuk beli barangan murah dari China

Promosi besar-besaran 11.11 baru sahaja melabuhkan tirainya.

 

Kalau anda memang seorang yang kaki shopping online, saya harap anda sempat untuk shopping sakan di laman web shopping online terkenal, sama ada di Shopee Malaysia mahupun di Lazada Malaysia.

 

Sejak akhir-akhir ini, orang mula membuat perbandingan, mana satu yang lagi murah kalau nak bershopping? Adakah nak shopping di Lazada, ataupun nak shopping di Shopee?

 

Saya pulak berpendapat, tak akan ada satu laman web yang akan jual barang dengan harga yang murah sentiasa. Ibaratnya macam kita berbelanja di shopping mall.

 

Kita cuba buat perbandingan antara Giant, Tesco dan juga Mydin.

 

Akan ada barang yang murah di Mydin, tapi agak mahal jika beli di Tesco. Begitu juga dengan Giant. Mereka tak akan jual semua barang dengan harga yang murah.

panduan-bisnes-shopee

Jika kita adalah sebagai pengguna, mudah sahaja untuk kita ketahui mana satu yang mampu berikan harga yang paling rendah lagi menjimatkan.

Continue reading “Promosi 1111 dan 1212 untuk beli barangan murah dari China”

Jual barangan dari China dengan pantas melalui Shopee!

Dalam artikel sebelum ini, saya ada cerita mengenai laman web S, yang amat memudahkan kita untuk borong barangan dari China.

 

Dengan wujudnya laman web tersebut, pengguna seperti kita dapat mempelbagaikan lagi channel untuk bawa masuk barangan dari China, dan kali ini kita tak perlu terlalu bergantung kepada laman web Taobao semata-mata.

 

Anda boleh muat turun panduan ini kalau nak belajar cara borong di Taobao.

Continue reading “Jual barangan dari China dengan pantas melalui Shopee!”

Mudahnya borong barang dari China melalui laman web S!

Masih ada lagi ke, yang merancang nak borong barangan dari China tapi sampai sekarang ni takut nak mulakan sebab risau kena tipu!

 

Rasanya macam dah agak lama juga saya tak jenguk blog ni. Sekarang bizi dengan projek lain. Sampaikan nak kongsikan serba sedikit pengetahuan dan informasi tentang aktiviti borong dari China pun tak sempat.

 

Dulu saya pernah kongsi dalam blog ini, mengenai cara paling mudah untuk borong barangan dari China adalah menerusi laman web Lazada.

Sila baca: Cara mudah beli barang di laman web Taobao menggunakan khidmat Lazada

 

Kalau beli melalui Lazada, anda juga akan beli barangan yang asalnya dijual di laman web Taobao. Sebab tu, siapa yang nak dapatkan harga yang lebih murah, lebih baik terus beli di Taobao.

panduan-borong-dari-china-dengan-selamat

Cuma mungkin yang tak berapa bestnya ialah, laman web Taobao tu dalam bahasa alien. Bukan semua orang boleh faham tulisan cina kan.

 

Melainkan kalau anda dah pernah muat turun panduan borong dari China ini, saya percaya anda tak akan ada masalah untuk borong terus dari China melalui Taobao. Sekarang ini, apa yang saya nak kongsikan ialah satu lagi laman web di Malaysia yang anda boleh gunakan untuk beli barangan China.

Continue reading “Mudahnya borong barang dari China melalui laman web S!”

Rahsia Taobao bantu borong barang murah dari China dengan lebih SELAMAT

Siapa yang pernah beli barang secara online, pasti faham apa dugaan yang mungkin terpaksa di lalui.

 

Kadang-kadang tu, tak perlu nak tunggu beli jauh-jauh sampai ke negara China tu, malahan beli kat web ecommerce Lazada ni pun kadang-kadang kita rasa tak puas hati. Barang yang sampai tak sama seperti yang kita harap-harapkan.

 

Bagi mereka yang ada pengalaman yang tak berapa baik, mesti akan rasa kurang yakin untuk borong (sudah tentu dalam kuantiti yang besar) barang-barang murah dari laman web borong China iaitu Taobao.

 

Saya pernah kongsikan dalam blog ni, tiga laman web yang biasa pemborong gunakan untuk beli barang-barang dari China. Malahan, ada sesetengah laman web mengembangkan lagi senarai tempat atau laman web yang kita boleh gunakan sehingga 5 buah laman web borong dari China.

Continue reading “Rahsia Taobao bantu borong barang murah dari China dengan lebih SELAMAT”

Guna Whatsapp untuk bantu lancarkan bisnes barangan borong dari China

Sesetengah bakal pelanggan yang berurusan dengan kita, mereka ni tak akan segera buat keputusan pembelian pada kali pertama mereka lihat iklan kita.

 

Lebih-lebih lagi apabila kita jual barang dari China.

 

Dengan harganya yang begitu rendah, sudah tentu ia akan mengundang pelbagai pertanyaan.

 

Apa soalan yang paling kerap ditanyakan oleh bakal pelanggan? Saya bagi antara contoh soalan yang biasanya akan ditanyakan…

(1) Barang ni ori ke?

(2) Kalau barang ada masalah ada waranti ke tak?

(3) Harga boleh kurangkan sikit ke?

(4) Kalau pos ke Sabah/ Sarawak boleh tak? Berapa hari sampai?

(5) Saya belum ada duit, kalau nak mintak tolong simpankan dulu boleh tak?

 

Persoalannya, apa yang bakal anda jawab kepada soalan-soalan tu?

Continue reading “Guna Whatsapp untuk bantu lancarkan bisnes barangan borong dari China”

Barang apa nak borong dari China dan jual di pasaran tempatan?

Kalau kita buka laman web Taobao, kita akan dapat lihat disitu ada terlalu banyak barang yang disenaraikan.

 

Pelbagai barang diniagakan di laman web Taobao.

 

Umpamanya kita buka laman web Lazada. Kan kat situ pun ada macam-macam produk yang diniagakan.

 

Sampai satu masa, kadang-kadang saya pun rasa pelik… kenapalah orang tak beli je terus dari laman web Taobao?

laman-web-taobao-borong-china

Mungkin sebab mereka tak tau macam mana nak buat pembelian dari laman web Taobao kot. Almaklumlah, laman web ni kan ditulis dalam bahasa cina. Tulisan pun tulisan cina.

 

Saya rasalah kan, kalaulah mereka belajar macam mana nak buat tempahan menerusi laman web ini, mesti lepas ni mereka akan beli je terus dari China.

 

Ya, walaupun barang yang dibeli tu adalah untuk kegunaan sendiri dan dalam kuantiti yang sedikit.

 

Namun begitu, saya berpandangan, benda ni agak sukar untuk berlaku. Tahukah anda, apabila kita beli barang dari China atau luar negara, selalunya ia akan makan masa lebih kurang 14 – 21 hari untuk barang tersebut sampai ke tangan kita.

 

Buat waktu catatan ni saya tulis, paling cepat pun adalah sekitar 5 – 7 hari. Sumber maklumat dari Geng Borong China.

 

Sanggup ke nak tunggu lama macam tu? Dalam hal ini, saya agak skeptikal. Sebabnya dari pengalaman saya, menguruskan tempahan bagi pelanggan dari negara kita ni, kebanyakkannya kurang sabar.

 

Kalau boleh, pagi ni buat tempahan, petang nanti nak barang tu. Kalau kena tunggu sampai 3 hari bekerja, maka setiap harilah dia akan buat follow up.

 

Jadi, sebagai online seller, kenalah banyakkan bersabar dan jawab dengan baik, apa sebab barang yang pelanggan order masih tak sampai-sampai walaupun kelihatannya dah agak lama menunggu.

 

Apa produk dari China yang bagus untuk dijual semula di pasaran tempatan? Adat orang yang berniaga, kalau boleh kita memang mahukan untung sepanjang masa.

 

Borong produk A, bila jual balik, semua tu mesti habis dijual. Kalau boleh tak nak ada yang tak habis jual.

 

Tetapi, tahukah anda, bagaimana kita nak tahu sama ada sesuatu produk itu bagus atau tidak untuk kita borong dan jual semula?

 

Dan dari sumber mana kita boleh jadikan rujukan untuk import barang apa dari China bagi dijual semula di pasaran tempatan?

 

Untuk mencari idea, saya suka lihat apa yang dijual dilaman web ecommerce lain yang terdapat di negara kita. Selalunya saya akan rujuk laman-laman web yang popular, sebagai contoh Lazada Malaysia, Lelong dan sebagainya.

 

Laman web seperti ini biasanya mempunyai kategori yang dinamakan sebagai kategori Best Seller. Kat situ akan disenaraikan barang-barang yang memang mendapat permintaan yang tinggi dan merekodkan jumlah jualan yang banyak.

 

Saya nak tunjukkan contoh dari laman web Lelong Malaysia.

borong-barang-dari-china

Saya suka bawa contoh laman web lelong ni sebab dekat sini turut dinyatakan, berapa banyak yang terjual.

 

Lihat contoh produk PREMIUM QUALITY Ultra Slim – UltraSlim Slimming Corset. Ada lebih seribu unit telah berjaya dijual.

 

Jadi dari sini pun kita boleh dapat gambaran, apa barang yang kita patut borong dari China untuk dijual semula.

 

Inilah salah satu cara yang boleh kita gunakan bagi mengetahui apa produk yang ada permintaan. Anda ada cara lain?

 

Jika nak belajar teknik lain, saya sarankan anda belajar dari ebook Rahsia Taobao ni la ya. Klik sini untuk muat turun ebook ini.

 

 

 

 

 

 

 

 

Ebook Rahsia Taobao masih lagi lebih murah berbanding buat SILAP dalam bisnes borong dari China

Suka atau pun tidak, inilah hakikatnya. Kesilapan itu boleh berlaku dalam menjalankan perniagaan.

 

Bagi mereka yang memang dah berpengalaman, ataupun mereka yang bekerjasama dengan seseorang yang telah berpengalaman, mungkin kebarangkalian untuk berlaku kesilapan itu lebih rendah berbanding mereka yang belum ada pengalaman langsung.

 

Mendengar dan membaca kisah-kisah kejayaan individu yang berjaya membawa masuk barangan dari China untuk dijual semula dipasaran tempatan, memang seronok.

 

Apa tak nya, rata-rata bersetuju bahawa kadar untung adalah lebih kurang 30% – 50%. Kalau barang yang kita nak jual tu memang dalam kategori yang “rare” atau unik dan tak ada lagi orang yang jual di negara kita, lagi banyak kita boleh mark up harga barang tu.

 

Ingat lagi Fidget Spinner?

Continue reading “Ebook Rahsia Taobao masih lagi lebih murah berbanding buat SILAP dalam bisnes borong dari China”

Biar betul! Tak ada modal pun boleh mula bisnes borong dari China ke? Ini dia caranya…

Nak buat bisnes borong dari China walaupun tak ada modal. Adakah ini mustahil untuk dilakukan?

 

Saya sedang meniliti modul latihan yang disediakan oleh Geng Borong China. Mereka ni agak “crazy” sikit bila mereka mengatakan yang tanpa modal pun masih boleh bisnes borong dari China.

 

Mereka ni punyalah semangat nak bagi orang lain sama-sama boleh buat duit dengan menjalankan bisnes borong dari China… sampaikan mereka yang tak ada modal atau kekurangan modal pun sebenarnya boleh join mereka buat bisnes ni.

 

TETAPI… pada pandangan saya la kan, nak buat bisnes ni tanpa modal memang boleh buat, tetapi anda akan meletakkan diri anda dalam kedudukan yang kurang selesa.

 

Sebelum saya nak cerita, kat bahagian mana yang kurang selesanya, saya nak ceritakan terlebih dahulu, bagaimana konsep bisnes borong tanpa modal yang dimaksudkan oleh Geng Borong China ni.

Continue reading “Biar betul! Tak ada modal pun boleh mula bisnes borong dari China ke? Ini dia caranya…”

Blog at WordPress.com.

Up ↑